top of page

Drama: Lara Cinta Ameena

Lara Cinta Ameena lakonan Tiz Zaqyah dan Raja Afiq merupakan drama terbaru yang bakal disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula pada 30 November ini.


Drama Lara Cinta Ameena telah diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama 15 episod ini adalah Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi Danish Hazriq dan ramai lagi.


Sinopsis |

"Drama Lara Cinta Ameena mengisahkan tentang Ameena lakonan Tiz Zaqyah yang telah berkahwin dengan Radhuan (Raja Afiq). Perhubungan mereka sering bermasalah. Konflik rumahtangga tercetus akibat campur tangan orang ketiga, iaitu Puan Kirana (Fazlina Ahmad Daud) yang merupakan ibu kepada Radhuan.


Apa akan terjadi kepada rumahtangga Ameena dan suaminya. Adakah akan ada sinar bahagia atau rumah tangga yang dibina akan berkecai akhirnya?"



Teaser | Lara Cinta Ameena




Sementara itu OST bagi drama ini, Selalu Di Jiwa dipersembahkan oleh penyanyi yang sedang meningkat naik, Izzmad Harun, yang mana beliau juga turut diberi peluang untuk memegang peranan dalam drama ini. Lagu Selalu Dalam Jiwa adalah ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer terkenal, Hazami.


"Dalam Lara Cinta Ameena saya diberikan watak pengintip. Walaupun kurang berdialog dalam drama ini, saya bertuah kerana watak itu banyak berinteraksi dengan pelakon hebat seperti Fazlina Ahmad Daud (Kak Baby), sorang pelakon yang amat saya kagumi " - Izzmad Harun



OST | Selalu Di Jiwa - Izzmad Harun




OK. Semoga drama Lara Cinta Ameena sukses dan mendapat sambutan hangat dan jadi trending! OST diapun boleh tahan sedap. Tahniah buat Izzmad. Semoga perjalanan karier seni Izzmad diterima peminat seni di Malaysia.





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page