top of page

Stesen Radio Gegar Umum Barisan Penyampai Baharu dan Program Terkini

Stesen radio pilihan nombor satu Pantai Timur, GEGAR telah mengumumkan barisan terbaharu penyampai radio stesen berkenaan serta pengisian program terkini sebagai usaha untuk menarik minat lebih ramai pendengar khususnya di wilayah Pantai Timur.


Para peminat GEGAR, kini boleh menikmati segmen GEGAR Malam yang dihoskan oleh Rea (Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad), personaliti baharu GEGAR yang juga merupakan seorang personaliti TV dan radio yang elegan dan berminat dalam persolekan, cara hidup yang sihat, fesyen serta berfokus kepada keluarga selaku seorang ibu muda.



Para peminat boleh mendengarkan GEGAR Malam, dengan pelbagai program dan perbincangan berkaitan topik-topik berkaitan berita hiburan, fesyen, tip kesihatan dan perkongsian cerita hidup sebenar dalam segmen-segmen:

  • Tips Kesihatan dimana Rea akan berkongsi satu tip kesihatan kepada pendengar setiap hari.

  • Selongkar Realiti, untuk perbincangan bersama pendengar dan para profesional untuk isu-isu perhubungan di dalam komuniti.

GEGAR Malam akan ke udara setiap hari Ahad hingga Khamis, bermula jam 9.20 hingga 10 malam.



Para peminat GEGAR juga boleh menikmati sajian rancangan-rancangan baru dalam segmen GEGAR 10-3, yang ke udara dari hari Ahad hingga Khamis, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, bersama Scha Musa dalam :

  • Schatokers, dimana Scha akan memuat naik dua lagu TikTok di akaun Instagram GEGAR, untuk undian para peminat GEGAR. Lagu yang menerima undian tertinggi akan dimain pada pukul 2 tengah hari.

  • Makang Mana Hari Ni?, untuk pendengar berkongsi pilihan makanan tengah hari mereka.

  • Kaki Karaoke, dimana para pendengar boleh menelefon untuk menyanyikan lagu karaoke kesukaan mereka.

  • Bakat Pantai Timur, dimana Scha akan menemubual dan meraikan bakat-bakat dari pelbagai industry dari Pantai Timur, termasuk penyanyi, pelakon, pemuzik, busker, pengarah, penerbit, pereka, atlit, dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjut, para pendengar boleh melayari laman sesawang www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial untuk kemaskini terkini.

コメント


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page