top of page

GANDINGAN MANTAP SHUKRI YAHAYA, JANNA NICK & KHAI BAHAR DALAM SHAKIRA

Shakira, perjalanan hidup gadis muda ini tidak pernah mudah baginya. Dalam membela nasib kakaknya yang tidak bahagia dalam perkahwinan, Shakira tekad untuk membuat apa saja bagi memulih emosi kakaknya. Adakah pertemuannya dengan Amir bakal membawa sinar harapan baharu dalam hidupnya?


Drama terbaru Shakira akan mengisi slot Akasia bermula hari ini (5 Januari 2022), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.


Shakira

Drama bersiri 28 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, nukilan skrip oleh Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli dengan barisan pelakon popular Malaysia seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Khai Bahar, Syerinie Myra, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, dan Edika Yusof .


SINOPSIS


Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.


Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.


Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).



Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.


Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.


Shakira, perjalanan hidup gadis muda ini tidak pernah mudah baginya. Dalam membela nasib kakaknya yang tidak bahagia dalam perkahwinan, Shakira tekad untuk membuat apa saja bagi memulih emosi kakaknya. Adakah pertemuannya dengan Amir bakal membawa sinar harapan baharu dalam hidupnya?


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Shakira bermula 5 Januari 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi rantaian drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48jam selepas tayangan di TV3.


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page