top of page

3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI HONOR 50 LITE

HONOR 50 Lite: Telefon pintar pertama di dunia dengan Paparan LCD Pensijilan Perlindungan Mata TÜV Rheinland Tahap Perkakasan



Honor 50 Lite

Pengalaman menonton telah menjadi komponen utama dalam menikmati pembelian, sekaligus menjadikan skrin telefon pintar bahagian paling penting dalam kehidupan seharian kita kerana sentiasa menonton video kegemaran. Segelintir kita sudah biasa menggunakan mod ‘eye comfort’ yang mungkin mengubah paparan menjadi warna kekuningan dan ini menganggu pengalaman menonton. Di sini, HONOR 50 Lite bangga dapat menangani isu tersebut dengan paparan yang mendapat Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan.


HONOR 50 Lite memberi tontonan menyeronokkan dengan adanya 94.4% nisbah skrin ke badan dan bingkai super narrow, ditambahkan lagi dengan paparan Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan. Berikut 3 sebab mengapa anda harus memiliki HONOR 50 Lite atau menjadikannya sebagai hadiah sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi!

#1: Melindungi mata dengan skrin LEBIH BESAR dan LEBIH BAIK

Tiada yang lebih baik daripada seronok menggunakan telefon pintar dengan 6.67 inci Paparan FullView HONOR yang besar dan DCI-P3 Wide Color Gamut untuk kesan visual jelas dan memuaskan. Tampil dengan rekaan bingkai super narrow 1.05mm, HONOR 50 Lite mencapai 94.4% nisbah skrin ke badan, sekaligus memberi pengalaman menonton yang tiada tandingan.


Dengan paparan LCD Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan pertama di dunia, peminat boleh yakin dengan pengalaman menonton yang terbaik biarpun digunakan untuk tempoh lama tanpa mengaktifkan mod ‘eye comfort’. Fitur perlindungan mata ini sangat sesuai bagi pelajar yang sedang mempertimbangkan untuk menggunakan telefon pintar untuk mengikuti kelas dalam talian.


Bukan sahaja mempunyai paparan keselesaan mata, HONOR 50 Lite juga hadir dengan True Color Display yang merupakan pelarasan suhu warna automatik untuk pengalaman tontonan yang selesa. Selain itu, berita baik kepada pencinta buku, HONOR 50 Lite kini dilengkapi mod eBook yang mengubah suhu warna paparan bagi mengurangkan keletihan mata semasa membaca eBook.


#2: Kuasa bateri lebih hebat dengan KELAJUAN PENGECASAN LEBIH CEPAT

HONOR 50 Lite dilengkapi kelajuan mengecas luar biasa pada harga mampu milik menerusi HONOR SuperCharge 66W. Ini membolehkan HONOR 50 Lite mencapai sehingga 40% hayat bateri dalam hanya 10 minit dan 100% hayat bateri dalam hanya 39 minit pengecasan. Kapasiti bateri 4300mAh memberi kepuasan kepada ‘gamers’ untuk menikmati permainan selama 7 jam, atau 16 jam melayari laman web atau 8 jam panggilan video tanpa perlu risau bateri cepat habis. Tiba masanya anda menghubungi ahli keluarga jauh dengan panggilan video pada perayaan ini!


Honor 50 Lite

#3: Foto profesional dengan Sediaan Kamera TERBAIK

HONOR 50 Lite bangga memperkenalkan fitur kamera kuad dengan sediaan kamera tahap profesional yang mempunyai pelbagai keupayaan. Kamera utama 64MP memberi lensa jelas untuk butiran foto yang menakjubkan, terbaik untuk mengambil potret keluarga pada tahun baru ini! Untuk hanya RM999, harga ini adalah yang ‘terbaik’ di pasaran bagi semua fitur tahap flagship. Jangan lengah lagi, jadikan HONOR 50 Lite sebagai hadiah kepada ibu bapa dan ahli keluarga!


Promosi Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, rebutlah HONOR 50 Lite untuk hanya RM999 dari Kedai HONOR dan Kedai Sah HONOR! Peminat juga boleh mengunjungi platform dalam talian HONOR eStore, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, Senheng, senQ, Digi dan Maxis! Jangan lupa hadiah istimewa tersebut pada Tahun Baru Cina ini!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page