top of page

ShoutOut! : Putera Aladdin Kembali!


Khabar gembira untuk semua kaki teater! Teater musikal akhir tahun yang tersohor "Aladdin - A Musical Comedy Reloaded" kini kembali sekali lagi tahun ini atas permintaan ramai.


Jom! saksikan perjalanan magis Putera Aladdin dengan Sang Ginie dan permaidani terbangnya dalam pengembaraan mereka yang penuh dengan magis, hilai sorak serta tawa kegembiraan berserta lagu lagu popular dengan gubahan baru serta kejutan yang tidak pernah anda duga. Sertailah mereka di atas permaidani terbang, perjalanan yang penuh dengan imaginasi serta permainan sihir ! Semua ini dapat anda saksikan di PJ Live Arts dari 2 hingga 11 Disember 2016 ini.


Tahun ini juga menyaksikan koloborasi BETAS ( Bestari English Theatre Appreciation Showcase 2017) dan Enfiniti Academy yang diasaskan oleh Puan Seri Tiara Jacquelina bagi menjayakan pementasan khas pada 8 Disember 2016 ini akan membawakan kegembiraan kepada anak anak serta belia yang kurang bernasib baik serta menyentuh kehidupan mereka dengan keajaiban teater musikal.


Teater yang diarahkan oleh Joanna Bassey ini akan melibatkan beberapa aktivis teater terkenal tanah air seperti Rashid Salleh, Peter Davis, Tria Aziz, Jayson Phuah, Alesia Dhana, Brian Chan serta bintang muda Enfiniti Academy ( Pemenang Boh Cameronian Arts Awards 2015).


Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan passport pengembaraan anda sebelum kehabisan. Tempat duduk adalah terhad. Tiket -tiket boleh dibeli secara online di www.tix.my Anda juga boleh menghubungi Eja Ibrahim atau Sofea di 03-619429877 untuk tempahan kumpulan serta diskaun istimewa. Dapatkan TIKET ANDA SEKARANG!

Maklumat Pementasan Khas (BETAS)

Hari : Khamis Tarikh : 8 Disember 2016 Lokasi : PJ Live Arts Theatre, Jaya One

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page