top of page

Konsert High Note 2016: Pertemukan Azlan, Ziana Zain dan Jaclyn Victor


Konsert High Note 2016 bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November di Panggung Sari, Istana Budaya. Selain Ziana, konsert itu nanti turut menampilkan Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter. Penyanyi Ziana Zain berharap peminat tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kualiti vokalnya seperti mana zaman kegemilangannya 20 tahun dahulu pada Konsert High Note 2016 yang bakal berlangsung pada akhir November ini. Ziana atau Siti Roziana Zain berkata, peminat perlu menerima hakikat vokalnya mengalami perubahan sejajar dengan peningkatan usianya kini yang memasuki 48 tahun. Sementara itu, penyanyi, Azlan Typewriter, mengakui gandingannya bersama Ziana Zain pada acara kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2011 (ABPBH 2011) mencetuskan inspirasi penganjuran Konsert High Note 2016 yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 November depan.

Konsert yang menampilkan tiga penyanyi dengan nada suara tinggi, Ziana, Jaclyn Victor dan dirinya sendiri di Istana Budaya itu dianggap cukup bermakna sebelum pentas bertaraf antarabangsa itu ditutup tahun depan bagi kerja menaikkan taraf.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ticketpro.com.my atau sebarang pertanyaan dan tajaan boleh menghibungi talian 016-4444937

Kredit : BH Online & MStar

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page