Yuna : Dari Alor Setar ke Times Square, NY
Yuna semakin laris!!! Kelmarin penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu, berkongsi catatan terbaru beliau di laman Twitter apabila wajahnya menghiasi salah sebuah papan paparan LED di Times Sqare, New York City.
Billboard Times Square digelar sebagai papan iklan elektronik yang termahal dan bukan mudah untuk mendapat paparan di situ.Difahamkan hanya jenama popular dan barisan nama terkenal sahaja yang berpeluang membuat paparan di billboard Times Square.
Sementara itu , catatan terbaru Yuna itu menerima lebih dari 20,000 "Like" serta 33,000 retweet sehingga jam 4 petang tadi. Ramai dari peminat Yuna berkongsi kegembiraan atas perkembangan terbaru itu. Turut mengucapkan terima kasih adalah rakan artis seperti Neelofa dan Zizan Nin