DAA2: Zizi Kirana Tersingkir
Konsert D'Academy Asia 2 - Top 18 Result Show pada Isnin lalu menyaksikan Zizi Kirana menjadi peserta pertama dari Kem Malaysia, tersingkir dari program realiti berkenaan. Zizi yang membawakan lagu "Kun Anta" nyanyian asal Humood AlKhuder dilihat telah melakukan improvisasi dalam susunan muzik lagu berkenaan dengan menyuntik elemen elemen jawa, sunda, dangdut, reggea serta rap sekaligus mendapat pujian dari semua komentator atas kreativiti beliau.
Persembahan beliau juga turut mendapat kritikan dari komentator pada malam itu ekoran penyampaian beliau yang dilihat teragak agak jika dibandingkan dengan persembahan pada malam terdahulu. Menurut Zizi perkara ini berlaku disebabkan busana yang di pakai pada malam ini agak tidak bertepatan dengan lagu yang disampaikan.
Pada malam Persembahan Top 18 Kumpulan B , Zizi memberikan persembahan yang cukup bertenaga dengan menyanyikan lagu yang berjudul "Maling" yang turut diberi susunan semula dengan menyuntik elemen rock kedalam lagu tersebut.
Program DAA2 yang telah bersiaran untuk tahun kedua ini mengetengahkan program pencarian bakat dangdut dari 6 buah negara Asia. Pada tahun ini Malaysia di wakili oleh Elda Susanti, Syura Badrun, Asmidar, Zizi Kirana, Rojer Kajol dan Jiwa Firdaus
Program D'Academy Asia 2 boleh ditonton setiap hari dari jam 7malam sehingga 1pagi secara live streaming di www.vidio.com
D'Academy Asia 2 - Persembahan Top 18 Kumpulan B : Zizi Kirana - Maling
D'Academy Asia 2 - Persembahan Top 18 Kumpulan B Result Show : Zizi Kirana - Kun Anta