top of page

Selamat Tinggal Elda!


Malam tadi berakhir satu lagi episod buat Kem Malaysia di program D'Academy Asia 2 dengan penyingkiran Elda Susanti. Elda yang disatu kan dengan Rani dan Ihsan Tarore dari Indonesia serta Rojer Kajol dari Malaysia, berentap di peringkat kumpulan, D'academy Asia 2 Top 12 Group A.


Secara peribadi, keputusan malam tadi agak mengejutkan kerana Elda merupakan peserta yang dijangkakan mampu membawa Malaysia untuk bersaing dipentas akhir DAA2, memandangkan kekuatan vokal Elda serta teknik nyanyian dangdut Elda yang sangat bagus.


Pada malam Top 12 Group A Show, Elda menyahut cabaran lagenda Dangdut Indonesia, Ibu Elvy Sukaesih dengan menyanyikan 2 buah lagu beliau. Pada malam Top 12 Show, Elda mempersembahkan lagu "Bisik- Bisik Tetangga". Sementara itu, untuk Result Show Elda membawakan lagu berjudul "Kejam".


Sementara itu , Rojer Kajol turut melakukan improvisasi dalam persembahannya. Pada malam Persembahan Top 12 Group A Show, Rojer menyanyikan lagu "Cinta Sabun Mandi", nyanyian asal Jaja Miharja dengan persembahan yang mencuit hati. Pada malam Top 12 Result Show pula Rojer membawa kelainan dengan menyampaikan lagu Arab berjudul "Magadir", dengan diiringi petikan gambus olehnya sendiri.


KIni tinggal 2 lagi peserta Malaysia yang bakal berentap di pentas DAA2 dengan Rojer Kajol telah lolos ke peringkat Top 9 . Malam ini dalam Top 12 Show Group B, akan menyaksikan Asmidar Isme bertanding bersama sama Ical dan Duo Alfin dari Indonesia sertaAmy dari Thailand bagi merebut tempat ke Top 9 DAA2.


D'Academy Asia 2 Top 12 Kumpulan B


Asmidar Isme - Malaysia

Amy - Thailand

Ical - Indonesia

Duo Alfin - Indonesia



D'Academy Asia 2 Top 12 Group A Show: Elda Susanti - " Bisik-Bisik Tetangga"



D'Academy Asia 2 Top 12 Group A Show: Rojer Kajol - " Cinta Sabun Mandi"



Foto : Instagram @eldasusantiofficial

Sumber Video : vidio.com

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page