GV3: Malam Azharina
Malam semalam dengan rasminya tamat sudah persaingan sengit GegarVaganza musim ketiga. Maka terjawab sudah segala persoalan siapa yang berjaya merangkul gelaran Juara! Nahh... seperti yang dijangkakan Azharina Azhar (31), telah dinobatkan sebagai Juara GegarVaganza 3.
Pada malam finale tersebut kesemua finalis telah diberi tugasan akhir untuk menyanyikan 2 buah lagu secara medley dan 1 lagu dalam pusingan "Battle" yang tidak diwar-warkan secara umum tetapi telah dimaklumkan kepada para peserta. Dalam pusingan Battle, peserta diminta untuk membawakan satu lagu yang pernah dinyanyikan oleh lawan masing masing.
Entri Terdahulu: GegarVaganza3: Ramalan Buat Sang Juara
Tugasan Lagu Pusingan Battle:
Intan Sarafina vs Ameng (Spring) - Sampai Hati vs Duhai Malam
Zarul Husin vs G-Mie (Screen) - Bila Cinta Didusta vs Bukalah Hatimu
Siti Sarah - Azharina - Seandainya vs Kesetiaan
Azharina yang dinobat sebagai Juara, membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi. Sementara itu tempat kedua pula, dimenangi oleh Siti Sarah yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Zarul di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000. Siti Sarah juga turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan membawa pulang wang tunai RM5,000. Bagi tempat keempat pula di menangi oleh Ameng Spring (RM15,000) , tempat kelima dimenangi Intan Sarafina (RM10,000) dan tempat akhir dimenangi G-mie Screen (RM5,000).
Finale konsert Gegar Vaganza 2016 semalam dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse, berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.
Video Finale GegarVaganza 3
Kredit foto: Instagram @arxedx