top of page

Buntat "tenggelamkan" Watak Utama 7 Hari Mencintaiku


Dua tiga hari kebelakangan ni , nama Buntat jadi trending di laman sosial. Masuk ke Facebook, netizen post fasal Buntat, Tukar ke Twitter penuh #Buntat, beralih ke Intagram pun banyak perkongsian tentang Buntat! Persoalannya siapa Buntat?


Pada yang follow drama 7 Hari Mencintaiku yang sedang bersiaran menerusi slot Akasia , TV3 pasti tahu siapa Buntat. Watak Buntat yang dibawakan oleh adik Muhammad Ariff Abdullah dalam drama ini, sangat bersahaja dan hidup sehingga ada yang berderai air mata bila ada babak Buntat muncul dalam drama ni. Yang pasti ramai yang bersedih bila tengok babak Buntat berkorban nyawa ketika mempertahan kan Mia (Siti Saleha) dari dipukul.



Youtube : Zul Alam


Harian Metro Online hari ini turut berkongsi cerita tentang Buntat:


Penerbit drama 7 Hari Mencintaiku Datuk Ziela Jalil terharu apabila watak Buntat menjadi 'trending' di laman sosial sejak petang semalam.


Ziela menyifatkan watak Buntat lakonan Adik Muhammad Ariff Abdullah, 12, semula jadi dan tidak dibuat-buat.

"Alhamdulillah saya seronok apabila mendapat tahu penonton tersentuh dan menyukai watak Buntat. Sebagai penerbit saya mengagumi lakonan Adik Ariff kerana dia kelihatan sangat semula jadi apabila berlakon.


"Apabila ada drama kekeluargaan seperti ini iaitu sedih, sebenarnya ia secara tak langsung dapat melembutkan hati penonton. Apa tidaknya mereka turut sama merasai apa yang disampaikan dalam drama ini," katanya kepada Harian Metro.


Ziela yang juga pelakon drama Tuan Anas Mikael tidak keberatan untuk menawarkan drama lain kepada Ariff selepas ini. Bagi Ziela bakat yang ada dalam diri pelakon kanak-kanak itu wajar untuk diketengahkan.


"Walaupun pada awal episod banyak yang mengkritik drama ini yang mengatakan mengajar golongan wanita derhaka pada suami dan mak mentua, tapi sebenarnya banyak pengajaran yang disampaikan di sebalik jalan ceritanya.


"Apabila setiap watak membuka hati dan minda, pasti saja banyak iktibar yang boleh diambil. Contoh terdekat watak Buntat," katanya.


Ziela berkata, drama itu adalah lakonan pertama Ariff di bawah produksi miliknya. Difahamkan Ariff bakal muncul dalam filem Jibam pada Julai tahun hadapan yang mana diangkat daripada siri komik popular Ujang.


Terdahulu watak Buntat menjadi bualan pengguna laman sosial apabila watak itu meninggal dunia.

Rata-rata komen yang ditulis sedih dengan babak itu dan memuji lakonan Ariff. Pada masa sama, banyak juga yang tertanya-tanya apa dan siapa itu Buntat selepas peminat siri ini menulis di laman sosial masing-masing.


Drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 ini menampilkan pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai watak utama.


Kredit: HMetro Online


Biodata Rasmi Buntat Pelakon Drama 7 Hari Mencintaimu TV3


Nama Penuh: Mohd Ariff Abdullah

Umur: 12 Tahun

Drama: 7 Hari Mencintaiku

Filem: Jibam (2017)

Asal : Jitra Kedah

Status: Anak Kepada Tauke Roti Canai Pak Mutalib Jitra

Pendidikan Terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra



Perkongsian #Buntat di Twitter:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page