top of page

Koloborasi VHijrah Bersama Dua Pereka Ternama Semarak Busana Muslimah Sejati



Semalam MB hadir ke majlis peragaan fesyen paling Vassssttt untuk tahun 2016 : Pentas Debut VHijrah yang menampilkan koloborasi 2 pereka busana terkemuka tanahair dalam satu acara mewah dan serba eksklusif.


Kebangkitan penggayaan modest (pakaian yang menutup aurat) yang saban hari mendapat tempat dihati penggemar fesyen muslimah seluruh dunia telah menjadi satu fenomena yang cukup positif dalam menyemarakkan lagi dunia fesyen yang berlandaskan syarak. Tidak mahu ketinggalan, jenama VHijrah bangkit dalam meneruskan legasi fesyen modest yang semakin diterima ramai.


Debut VHijrah tampil dengan 3 koleksi istimewa - VHijrah Exclusive tampil dengan dua koloborasi khas VHijrah x Putra Aziz serta VHijrah x Rizman Ruzaini (Black Label) Setiap koleksi tampil dengan cabang idea yang berbeza tetapi masih mengekalkan signature VHijrah sebagai kunci setiap koleksi.

VHIJRAH x PUTRA AZIZ

Menampilkan koleksi asas VHijrah yang terdiri daripada rangkaian jubah, tudung, niqab serta seluar diserikan dalam 8 rona pastel yang cukup lembut termasuk warna asas putih sebagai kunci gaya bagi koleksi ini.


Menurut pengasas VHijrah, Vie Shantie Khan, keselesaan dan fleksibiliti menjadi kunci utama dalam menzahirkan koleksi ini, jesteru konsep Ready-To-Solat dipertonjolkan dalam koleksi khas bersama Putra Aziz. J Si peggaya boleh melakukan sebarang aktiviti tanpa ada sebarang keterbatasan. Koleksi ini dilihat sangat bersesuaian digayakan oleh para jemaah haji dan umrah.


Menjadi jenama pertama yang mengeluarkan pakaian dengan konsep Ready-To-Solat, VHijrah memilih "stretchable satin" sebagai material utama kerana kebolehupayaan material ini untuk dibawa serta digayakan dalam keseimbangan gaya dan keselesaan yang maksima.

VHIJRAH EXCLUSIVE

Dengan pendekatan untuk menampilkan impak berbeza dalam penggayaan busana muslimah yang konservatif, VHijrah Exclusive menampilkan sentuhan moden dan terkini , namun masih mengekalkan etika dan estetika berpakaian Islam dalam koleksi 20 busana (Ready-To-Wear) yang direka dengan penuh ketelitian, bercitarasa tinggi serta mementingkan eksklusiviti.


Diilhamkan oleh pengasas VHijrah, Vie Shantie Khan mengambil inspirasi muslimah moden dengan pilihan pelbagai warna pastel, rona alam serta warna warna premium seperti hitam, biru gelap, hijau dan maroon yang diperincikan lagi dengan elemen mewah seperti sulaman renda Perancis serta beberapa corak yang ditempah khas untuk menambah eksklusiviti koleksi ini.

VHIJRAH x RIZMAN RUZAINI (Black Label)

Sumber Video : Instagram @V_Hijrah

Merupakan koleksi premium VHijrah hasil koloborasi istimewa bersama pereka fesyen duo ternama tempatan, Rizman Ruzaini. Terdapat 10 rekaan eksklusif dalam koleksi ini yang di inspirasikan daripada busana permaisuri dan puteri-puteri DiRaja Arab yang menggunakan fabrik Beaded Lace dan Fancy Lace.

Bagi menyerlahkan lagi ciptaan ini, beberapa helai busana dalam koleksi ini turut diserikan dengan tatahan berlian Swarovski.


Pada majlis perasmian semalam, VHijrah turut menampilkan 10 Supermodel tempatan bagi memperagakan koleksi VHIJRAH x RIZMAN RUZAINI (Black Label), antaranya Nasha Aziz, Tengku Azura, Tinie, Amber Chia, Elaine Daly, Anita Aziz, FadzlunAbas, Thanuja, Karmen Khor serta Eyza Iskandar.


Majlis perasmian semalam turut di pertontonkan secara Live melalui saluran Youtube MindQuest Production. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi


Talian Hotline VHijrah: 6013-8887862

Facebook : V_Hijrah

Instagram : @v_hijrah

Email : admin@vhijrah.com

General Email : vhijrah@gmail.com

Sales/Stokis : sales@vhijrah.com

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page