top of page

"Never Too Young To Old" Buktikan Aspirasi Ghulam by QS Jadi Nyata



Awal Disember lalu, MB sempat menghadiri sambutan ulangtahun ke-13, anak bongsu kepada editor The Star, Puan Zieman yang bernama Qadeem Shaheer. Sambutan berlansung sederhana dengan kehadiran teman rapat serta keluarga.


Pada majlis tersebut juga, Qadeem sempat membuat kejutan kepada tetamu yang hadir dengan melancarkan produk kosmetik dibawah jenamanya sendiri Ghulam's Matte Liquid Lipstick by QS . MB sangat teruja kerana diusia 13 tahun, Qadeem berupaya untuk mengeluarkan produk kecantikan jenamanya sendiri. Bukan calang calang orang yang mampu berbuat sedemikian. Kalau kita lihat ikon usahawan kosmetik, Dato Seri Vida dan Dato Alif Shukri, kedua duanya berjaya tatkala umur dah mencecah 2 ke 3 siri.


MB sempat bertanyakan kepada Qadeem tentang Matte Liquid Lipstick ni . Menurutnya, jenama Ghulam tersebut dipilih setelah merasakan ada nilai nostalgik serta klasik disebalik nama tersebut. Tambahan nama Ghulam itu sendiri merupakan nama keluarga, nama yang diambil bersempena dengan nama datuknya. Bila MB tanyakan apa falsafah kecantikan disebalik penghasilan produk ini, Qadeem membalas "Never Too Young To Old", jadi usia bukan jadi penghalang baginya untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa", tambahnya lagi. Menurut Qadeem lagi cita-citanya untuk membawa jenama Ghulam keperingkat yang lebih tinggi. Jesteru bakal menjadi perusahaan warisan keluarganya kelak.


Antara yang terawal yang telah menggunakan Ghulam's Matte Liquid Lipstick by QS adalah penyanyi Shara Ekhnor, PRO terkenal, Nur Kasih serta pemenang anugerah AIM ke22 baru baru ini bagi kategori Lagu Etnik Terbaik, Reena Nicky. Ketiga tiga mereka amat berpuas hati .Rata rata mengatakan warna lipstick ini menarik dan kekal lama serta tidak memerlukan mereka untuk menggunakannya berulang kali .


Terdapat 5 warna untuk koleksi pertama Ghulam's Matte Liquid Lipstick by QS . Setiap warna mewakili personaliti serta setiap petingkat umur si pemakai. Uniknya, Qadeem menggunakan nama timangan keluarganya untuk setiap jenis warna lipstick ini.


Drina - Dusty Pink

Fatena - Purplish Pink

Frenzy Me - Tangarine Red

Maya - Nude

Mazz - Dark Red


Koleksi Ghulam's Matte Liquid Lipstick by QS ini boleh dibeli pada harga RM25 untuk setiap jenis. Qadeem boleh dihubungi melalui emel di alamat qadeemshaher11@gmail.com atau qadeemrazali@gmail.com sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut berhubung produk ini. MYBuzz


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page