top of page

KL Carnival Bukit Jalil Perkenal Konsep "CONTENA MARKET"



Teaser KL CARNIVAL BUKIT JALIL

Dengan pelaburan sebanyak RM5,000 000.00, KL Carnival Entertainment Shopping Bazar yang berkonsepkan ‘Kontena Market’ dengan lebih 300 kontena dan 300 khemah ini bakal menjadi bazar yang menggunakan konsep kontena terbesar di Asia.


Jesteru pada Rabu (15.02.2017) yang lalu, telah berlansung majlis ramah mesra pihak pengurusan KL Carrnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd. bagi menghargai pengamal media tempatan dalam mempromosikan penjenamaan semula bazar berkenaan.


Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., Mohd Rustam Haji Roshandin


Dalam temubual ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., Mohd Rustam Haji Roshandin, memberitahu idea ini timbul selepas penutupan Downtown Cheras pada April tahun lalu.


"Perpindahahan lokasi KL Downtown Night Market ke lokasi baharu ini dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan serta mampu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan negara". ujar Mohd Rustam Haji Roshandin

Sebelum ini, peniaga di KL Downtown Night Market hilang punca pendapatan selepas tapak perniagaan yang telah beroperasi 10 tahun di Bandar Tun Razak terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Video Ilustrasi 3D KL CARNIVAL CITY BUKIT JALIL

KL Carnival Bukit Jalil terletak berhampiran Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, berkeluasan 10 ekar bakal menyediakan ruang perniagaan kepada para usahawan dan peniaga serta fasiliti lain seperti ruang parkir yang selesa serta akses pengangkutan awam yang mudah.


Bagi menarik pengunjung ke tapak KL Carnival, pihak pengurusan merancang untuk melengkapkan tempat ini dengan ruangan pentas yang besar bagi tujuan persembahan acara live band, pertunjukan kebudayaan serta konsert yang akan diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Tambah Rostam lagi, kontena yang disediakan berukuran 20 kaki x 10 kali dan dilengkapi dengan kemudahahan air serta elektrik, disewakan pada kadar serendah RM43 sehari manakala khemah pula pada harga sewaan RM450-650 sebulan . Penyewa diberi kebebasan untuk menghias kontena yang disewakan mengikut citasara serta konsep perniagaaan mereka.


KL Carnival Bukit Jalil dijangkakan akan memulakan operasinya pada pertengahan Mac nanti . Bakal beroperasi setiap hari bermula dari dari jam 6 petang sehingga 4 pagi. Sehingga kini lebih 50% kontena telah disewa manakala hanya tinggal 15% kemudahan khemah yang masih tinggal untuk sewaan.


Ilustrasi 3D KONTENA MARKET : KL CARNIVAL BUKIT JALIL



Projek KL Carnival Bukit Jalil setelah 100 peratus beroperasi, dikhabarkan akan diletakkan dalam kalendar pelancongan Kementerian Pelancongan Malaysia, yang mana bakal dijadikan lokasi 'hot spot' yang wajib dilawati oleh para pelancong yang berkunjung ke Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya.


Bagi para peniaga dan usahawan yang berminat dan inginkan maklumat lanjut berhubung KL Carnival Bukit Jalil, boleh berkunjung ke tapak lokasi KLCBJ pada hari Isnin hingga Sabtu, mulai jam 3.30 petang hinnga 8.00 malam atau menghubungi terus urusetia KLCBJ ditalian 016-6777016 atau boleh sahaja melayari www.klcarnival.com | MYBuzz


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page