Dr. Ko Memperkenalkan Mesin Laser Jutaan Ringgit No. 1 di Malaysia
Nak cantikkk!! Nak nampak Muda!!! Semalam Pusat Dermatologi dan laser yang terkenal di Malaysia, Ko Skin Specialist melancarkan mesin laser PicoWay yang benilai jutaan ringgit yang pertama di Malaysia.
MYBuzz diundang ketika majlis pelancaran tersebut yang dihadiri oleh barisan selebriti popular iaitu Idris Khan, Erma Fatima, Amanda Chang, Yasmin Hani, Tengku Putri Najuwa, Maya, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman, Fazli Zainal dan ramai lagi yang turut hadir. Majlis ini juga diacarakan oleh Penyanyi bersuara lunak, Atilia Haron.
PicoWay adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jeragat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran iaitu 375ps dan 450ps. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrillion saat). Laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.
Ko Skin specialist satu-satunya pusat laser pertama di Malaysia menawarkan teknologi laser PicoWay. Teknologi ini merupakan alternatif terulung bagi pembuangan tatu di samping penggunaan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.
''Kami merasakan keperluan membawakan Picoway ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai kulit yang agak gelap, adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan''. Ujar Dato' Dr. Ko
''Picoway ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka''. Ujarnya lagi.
PicoWay ialah teknologi laser tunggal milik syarikat alatan perubatan estetik yang bertapak di Amerika syarikat, Syneron-Candela: diedar di Malaysia oleh Beaumedic Asthetic (M) Sdn Bhd di bawah seliaan Pengurus Besar, Lau Chang Yaw.
''Kami gembira bekerjasama dengan Ko Skin Specialist untuk memperkenalkan PicoWay di Malaysia. Mereka mempunyai rekod prestasi dengan professional perubatan yang terbaik dalam pasukan mereka. Kami yakin Doktor-Doktor meraka akan memberi pesakit rawatan dan hasil terbaik menggunakan PicoWay''. Ujar Robert Ruck, Naib Presiden Eksekutif Syneron-Candela.