Kehangatan Malam Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee #RTM
Diam tak diam sudah masuk 2 kali penganjuran Anugerah Tribute P Ramlee telah dijayakan oleh RTM bagi mengiktirafkan sumbangan para karyawan seni tanah air dan secara tidak lansung memartabatkan karya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagi ikon dalam memperjuangkan Industri kreatif Negara.
Anugerah ini secara khusus bertujuan menentukan telefilem manakah yang dinobatkan terbaik setanding karya ciptaan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Kelmarin MYBUZZ sempat hadir ke Majlis sidang media Anugerah Kaseh P. Ramlee yang dihadiri barisan Pengarah, Pelakon dan rakan media yang lain.
Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee kali ini merupakan penganjuran kali ketiga yang membariskan 15 pengarah dan 11 penulis skrip bersaing menghasilkan telefilem terbaik yang dibintangi oleh para pelakon berbakat dan terkenal pada masa kini. Semua telefilem ini telah ditayangkan di TV1 RTM di bawah slot “Tribute P.Ramlee” dimulai siaran pertama pada 15 Oktober 2016 jam 9.00 malam di TV1.
Sembilan kategori anugerah akan diberikan berdasarkan 15 telefilem yang telah disiarkan. Kategori-kategori tersebut adalah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik dan Anugerah Khas Juri.
Dua daripada telefilem ini diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM iaitu telefilem “Saling” (Wan Afzam Wan Daud – Pengarah / Siti Jasmina – Penulis Skrip) dan “Segalanya Dia” (Hisyamudin Ahmad – Pengarah / Mazelan Manan- Penulis Skrip).
Manakala 13 telefilem lagi diterbitkan Syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd iaitu:
1.“Tanya Sama Pokok” (Nurhalim Ismail – Pengarah / Sofia J.Rhyland – Penulis Skrip)
2.“Biar Biola Berbicara” (Rashi Sibir - Pengarah/ Mazelan Manan – Penulis Skrip)
3.“Sri Bulan” (Datin Paduka Suhaimi Baba – Pengarah dan Penulis Skrip)
4.“Hey Missy!” (Nizam Zakaria – Pengarah / Wan Mahani- Penulis Skrip)
5.“Kalau Jodoh Tak Kemana (Anjeli – Pengarah / Azean H.K – Penulis Skrip)
6.“Redhaku Untukmu” (Dira Abu Zahar – Pengarah / Wan Mahani – Penulis Skrip)
7.“Putih Kemboja” (Pali Yahya – Pengarah / Mazelan Manan – Penulis Skrip )
8.“Apek & Siti” (Syed Fariz – pengarah / Sheera Din – Penulis Skrip)
9.“Peluang Kedua” (Zamri Zakaria – Pengarah / Lynn Ahmad - Penulis Skrip)
10.“Malam Ku Bermimpi” (Melissa Saila – Pengarah / Megat Fauzi – Penulis Skrip)
11.“Kembara Nak Dara” (Al Jafree Mat Yusof – Pengarah / Tam Suhaimi – Penulis Skrip)
12.“Aku Dan Dia” (Feroz Khan – Pengarah / Sharifah Abu Salem – Penulis Skrip)
13.“Sabotaj” (Keoi – Pengarah / Sharifah Abu Salem – Penulis Skrip).
Bagi persembahan Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee kali ini bertemakan Cinta berinsipirasikan kisah cinta Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Biduanita Saloma. Setiap segmen digarap dengan lakonan muzikal melalui rangkaian lagu-lagu medley mengikut pecahan tema cinta itu. Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Azharina Azhar, Zarul, Ernie Zakri, Syamel, Azrul Zaidi, kumpulan Acapella Color of Voices (COV), Aisha Safia, Bintang P.Ramlee Suhaimi, Dani, Izat, Fazli dan Razif, Kumpulan Kompang5Beradik dan penampilan istimewa cucu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Najua Nasir. Pasangan pengacara ialah Awal dan Scha.
Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee ditaja oleh Manja Kaseh.
Jalinan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd, penganjuran program telefilem Tribute P.Ramlee ini dapat menggalakkan pertumbuhan industri kreatif negara. Usaha ini turut memberi pengiktirafan serta insentif kepada insan-insan seni masa kini yang berinsiprasikan bakat 6P yang dimiliki oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu pengarah, pelakon, pemuzik, pencipta lagu, penyanyi dan penulis skrip lakon layar.
Anugerah Tribute P.Ramlee yang pertama diusahakan oleh RTM telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 7 Jun 2013, musim kedua pada 19 April 2015 di Auditorium Perdana, Angkasapuri.