Hans Isaac Tenang Bidas Kenyataan Bekas Kekasih Gabby Buka Aib Di Media Sosial
Kecoh di media sosial berhubung cerita kecurangan tunangan Hans Isaac , Aileen 'Gabby' Gabriella oleh bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Robin Coenraad di laman Facebooknya beberapa jam sejurus pengumuman oleh pasangan berkenaan untuk melansungkan perkahwinan pada Julai tahun ini.
Melalui perkongsian dilaman Facebooknya itu, Robin Coenraad meluah rasa kekecewaannya terhadap bekas kekasihnya itu. Antara kandungan mesej yang muat naik beliau ke akaun Facebooknya berbunyi:
“Saya tidak menyangka saya telah dicurangi selama setahun lebih sehinggalah ke hari ini. Bekas kekasih saya, sejak semalam, rupanya akan berkahwin dan saya mengetahui mengenai berita tersebut melalui media.
“Setelah semua yang saya lakukan dan cuba lakukan untuknya, dia telah menghancurkan hati saya.
“Baru dua hari lalu kami telah ‘bersama’ dan dialah satu-satunya wanita yang saya sentuh sepanjang kami bersama. Saya sememangnya setia dengannya, selama ini. Tuhanlah adalah saksi saya.
“Tanpa pengetahuan saya, dia telah mempermainkan saya dan menipu saya ketika menghadiri kuliah kitab Injil di gereja. Saya sangkakan saya sudah melihat kejahatan yang sebenar, tetapi perkara ini amat berbeza daripada apa yang telah saya lalui selama ini.
“Saya tahu jauh di sudut hati ada sesuatu yang tidak kena dan saya mahu dia berterus-terang, beberapa kali namun setiap kali dia menafikannya jadi saya benar-benar sangka dia masih mahukan saya. Saya maafkan dia dan teruskan mencuba.
“Lawatannya ke Singapura rupanya bukan bersama-sama ibunya, dia telah dilamar sebulan yang lalu, semasa kami masih lagi bersama. Aktiviti telefon bimbitnya yang mencurigakan selama ini kini telah terjawab.
“Kini saya tertanya-tanya adakah lelaki yang melamarnya sebulan lalu tahu akan kewujudan saya ataupun sebaliknya.
“Ini merupakan kali ketiga bekas kekasih saya berkahwin sejurus selepas mengecewakan saya. Saya tidak tahu apa yang perlu saya fikirkan lagi.”
Semakan terkini mendapati perkongsian catatan Robin di akaun Facebooknya telah dipadamkan.
Sementara itu, Hans Isaac telah membuat kenyataan balas di akaun Instagramnya hari ini, membidas segala kenyataan yang dimuat naik oleh Robin. Menurut Hans, tindakan Robin yang tidak menghormati beliau dan tunangnya sebagai amat menyedihkan.
"Amat malang bagi sesetengah orang yang tidak boleh menghormati orang lain khususnya pada hari yang membahagiakan untuk Gabby dan saya.
Apabila seseorang itu telah menamatkan hubungannya pada tahun lalu dan cuba merosakkan reputasi orang lain di media sosial.
"Dan apabila ia adalah hari yang sangat penting untuk Gabby dan saya, ia adalah tidak wajar. Lelaki ini mungkin tidak punya perkara lain yang boleh dilakukan olehnya sehingga perlu berbuat demikian semata mata untuk mendapatkan perhatian di media sosial.
"Tindakannya merosakkan nama baik orang yang saya cintai adalah tidak wajar. Apa yang boleh saya katakan adalah saya berasa amat kasihan untuk lelaki ini. Dia memerlukan kehidupan. Kesian. Apapun saya akan berkahwin tidak lama lagi.
"Doakan agar kami gembira dan bahagia. Salam Sayang kepada semua yang menyokong kami dan berkongsi perkara yang benar. Kami hanya mahukan kebahagiaan dan berkongsi kasih sayang dengan semua orang di sekeliling kami.
"Kami telah kongsikan pengumuman tentang kami semalam dan menghargai apa yang semua peminat yang tidak henti menyokong saya dari dulu lagi. Terima kasih semua. Saya sayang semua selama-lamanya".
Yang terkini, semakan di Facebook merekodkan sebanyak 58,081 carian atas nama Robin Coenraad. Robin juga turut berkongsi catatan terbaru bahawa beliau telah menerima surat dari peguam yang mewakili Aileen Gabriella berhubung kenyataan yang dimuat naik oleh beliau semalam. -MYBuzz