top of page

COSRY melancarkan Gaun Pengantin Muslimah 'The Queen of Modesty'

COSRY sebuah jenama pakaian high-end yang tidak asing lagi dikalangan peminat fesyen tanah air dan antarabangsa sejak 2005 oleh pengasasnya Ariff Quasri.


Sabtu lalu, tema 'The Queen of Modesty' menjadi pilihan COSRY telah melancarkan busana Raja Sehari dimana 12 rekaan gaun pengantin yang diilhamkan oleh Putra Aziz selaku Pengarah Kreatif.


Menurut Putra, 12 rekaan gaun pengantinnya pada musim ini selain diberi sentuhan unik dan istimewa, dia mengetengahkan konsep gaun pengantin muslimah lengkap dengan rekaan tudung yang pastinya menyerlahkan lagi penampilan pengantin baru di hari bersejarahnya.


Ariff Quasri & Putra Aziz

''Kali Pertama konsep gaun pengantin muslimah dipamerkan dalam pertunjukan fesyen pengantin bersesuaian trend dan gaya hidup hari ini yang lebih islamik'', Ujar Putra.


''Fesyen muslimah jini sudah berjaya menembusi pasaran fesyen yang besar dan rata-rata pelanggan Cosry ramai yang bertudung, justeru itu saya rasa terpanggil untuk memenuhi permintaan mereka untuk tampil anggun dan bergaya pada hari berbahagia mereka tanpa mengabaikan tuntutan syariah'' Ujarnya lagi.


''Oleh itu meskipun bertudung, Cosry tetap menyisipkan elemen sofistikated dan elegan agar penampilan bakal pengantin pada hari berbahagianya itu terus menjadi tumpuan tetamu yang hadir'' Ujarnya.


''Cosry mahu pengantin bary tampil bak ratu lantas untuk musim ini saya memilih tema The Queen of Modesty'' Ujarnya.


Daripada 12 rekaannya itu, 6 daripadanya berona putih gading dan 6 lagi 'nude colour' yang diserikan dengan renda rona putih gading dan diperincikan dengan kristal Swarovski.




Jelas Putra, gaun pengantin Cosry musim ini menggunakan fabrik Italian Duchess dan organza.


Putra juga beritahu impiannya untuk melihat rekaan gaun pengantinnya itu dapat menembusi pasaran antarabangsa hampir terlaksana apabila ada wakil dari New York mahu membawa dan memperagakan gaun pengantin muslimahnya itu di sana.


''Di sana ada Persatuan Komuniti Islam New York dan mereka berminat untuk meletakkan gaun pengantin itu di butik mereka. InsyaAllah jika perbincangan berjalan lancar, rekaan Cosry akan berada di New York'' Katanya.


Kami akan mengadakan majlis pelancaran dan pertunjukkan fesyen di sana nanti. Doakan agar ia akan menjadi kenyataan'' Kata Putra. - MYBUZZ













Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page