TOP Lancar Rangkaian Pencuci Fabrik "TOP Micro-Clean Tech Dengan Anti Sebum"
Teknologi pencucian fabrik hari ini bergerak pantas. Hari demi hari pengguna diperkenalkan dengan pelbagai variasi pencuci fabrik, samada yang standard atau yang khusus untuk jenis cucian tertentu. Jesteru kajian dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh pihak LION Corp Japan telah berjaya membangunkan formula terkini untuk rangkaian pencuci fabrik terkenal mereka TOP, yang dikenali dengan nama TOP Micro-Clean Tech dengan Anti -Sebum.
Melalui kajian yang dijalankan, mereka mendapati peluh dan sebum yang terperangkap mendalam dalam fabrik fiber adalah punca kepada bau yang tidak menyenangkan dan mengotorkan pakaian, terutama di kawasan bahagian bawah ketiak, lengan dan kolar, dimana sebum yang terperangkap didalam fabrik akan meninggalkan kesan cerah putih atau pun kuning sehingga menyebabkan pakaian berwana turut kelihatan kusam.
Sebum yang terperangkap adalah sumber nutrien kepada bakteria yang mana ia akan menyumbang kepada bau yang tidak menyenangkan walaupun kepada pakaian yang telah dicuci. Perkara ini banyak berlaku terutama pada pakaian yang sering dipakai semasa aktiviti luar.
Melalui inovasi TOP Micro-Clean Tech dengan Anti-Sebum ini, pencuci fabrik TOP akan menyerap masuk kedalam teras fabrik dan dalam masa yang sama menyingkirkan kekotoran serta sebum yang terperangkap didalam fabrik dengan berkesan.
Dengan tagline 'It's Not Clean Until It's Micro-Clean' jenama TOP dalam masa yang sama mengekalkan kepelbagaian fungsi dalam pencuci fabrik TOP Micro-Clean Tech dengan Anti-Sebum ini seperti anti hapak, anti hama, anti bakteria serta teknologi wangian Freshcare yang mampu mengekalkan keharuman serta kesegaran fabrik yang dicuci sehingga 30 hari selepas cucian. |MYBuzz