top of page

Kempen 'TOP-Pass It On' Setiap Pakaian Ada Cerita!


Setiap pakaian yang kita pakai sudah pasti ada 'sentimental value' atau cerita mungkin juga memori disebaliknya. Baju kegemaran atau jeans yang amat selesa dipakai dan mungkin juga blouse pemberian dari orang tersayang serta gaun pengantin peninggalan bonda.


Kita mungkin agak keberatan untuk memberikannya kepada orang lain Akan tetapi lambat laun kita mungkin terpaksa kerana kita sudah tidak memerlukannya. Kisah anda mungkin terhenti disitu tetapi tidak baju anda.


Jesteru awal minggu ini, pihak pengurusan SOUTHERN LION Malaysia, melalui majlis pelancaran jenama pencuci fabrik inovatif mereka, TOP Micro-Clean Tech telah melancar satu kempen kesedaran awam 'TOP Pass It On - Give Your Pre-Loved Clothes A New Home'.


Majlis pelancaran berkenaan telah diadakan di ruang legar pusat membeli belah One Utama Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Yang Berberusaha Dr. Waitchalla Suppiah, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.


Melalui kempen ini orang ramai boleh menyumbangkan pakaian-pakaian yang terpakai dan tidak digunakankan lagi kepada wakil TOP. Pakaian-pakaian berkenaan kemudian akan dicuci dan dibersihkan dengan pencuci fabrik TOP Micro-Clean Tech sebelum di proses dan dibungkus. Pakaian-pakaian ini seterusnya akan diserahkan kepada wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebelum ia diagih agihkankan kepada individu-individu yang memerlukan serta yang memenuhi objektif kempen ini.

Sekitar majlis pelancaran Top Micro-Clean Tech serta kempen Top-Pass It On

Dalam ucapan perasmian oleh Dr.Waitchalla Suppiah, beliau berkata kempen yang diwujudkan ini adalah sejajar dengan visi kementeriannya dalam membantu masyarakat.


"Kempen ini amat sejajar dengan cita-cita kementerian dan sejajar dengan cara kami membantu masyarakat. Kementerian sangat komited untuk mengamalkan dan melaksanakan program kebajikan yang produktif bagi memecahkan jurang garis kemiskinan serta mewujudkan masyarakat yang mampu berdikari dengan memberikan bantuan seperti peralatan, jentera atau dana permulaan yang mereka perlukan untuk berjaya. Sekarang kita sudah boleh menambah satu lagi bentuk bantuan berupa pakaian terpakai sebagai salah satu bentuk bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan." katanya.


Sementara itu, menurut Pengurus Besar Pemasaran Southern Lion SB, Cik Carmen Foo, kempen TOP Pass It On dijalankan dengan berlandaskan 3 komponen utama pencapaian jenama produk berkenaan iaitu, "MEMULIH", "MENYEGARKAN" serta "MEMPERBAHARUI" pakaian. Beliau juga berharap agar kempen ini dapat membantu menyokong serta memperkasakan masyarakat dalam memenuhi keperluan harian mereka



Kempen Top Pass It On

Jadi pada semua yang ingin turut serta menyokong kempen TOP- Pass It On ini, bolehlah menyumbangkan pakaian pakaian terpakai anda di kaunter kempen yang disediakan:


Tarikh : 7 - 12 Mac 2017 Lokasi : Ground Floor Centre Court, 1 Utama (Old Wing)

30 penderma terawal , (minima 5 helai pakaian) secara harian akan menerima barangan TOP bernilai RM35* Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut berhubung kempen TOP- Pass It On, layari laman web www.toppassiton.my|MYBuzz


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page