top of page

SEARCH Lancar Album FENOMENA 'Made In USA'

Fenomena merupakan album studio pertama kumpulan Search semenjak kugiran tersebut bernaung di bawah label BMG. M. Nasir sekali lagi menyandang tugas sebagai penerbit album Search ini yang menggunakan kemudahan rakaman di Gins Studio, Jakarta; dan King's Studio, Kuala Lumpur.


Album Fenomena juga merupakan album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kasetnya keluar pada tahun 1989, diikuti dengan versi CD pada tahun berikutnya yang menampakkan perbezaan dalam susunan lagunya.


Album ini turut mengalami baik pulih digital dan rakaman tambahan untuk keluaran semula dengan judul Fenomena 2003.

Hingga hari ini, album Fenomena bukan saja diangkat sebagai album terbaik Search, tetapi juga antara album rock terbaik dalam industri muzik tanah air. Demam Isabella menjadikan album ini dicari-cari di seluruh negara hingga jualannya melebihi 250,000 unit.

Isabella turut mendominasi carta-carta radio di seluruh negara dan kemuncaknya Isabella ciptaan Search dan lirik oleh Bob Lokman itu menyapu bersih kemenangan di Anugerah Juara Lagu 1989 dalam kategori Lagu Terbaik, Lirik Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Bukan saja di Malaysia, album ini turut mencetus fenomena di Indonesia selepas dipasarkan di negara itu mulai 19 September tahun yang sama. Album studio keempat Search itu membuat kejutan dengan dijual lebih 2 juta unit!

Album Fenomena juga menyaksikan kemasukan Kid yang menggantikan Hillary Ang di posisi gitar. Bagi peminat Search, album ini juga istimewa kerana ia satu-satunya album yang memuatkan lagu-lagu yang dimainkan Kid dan Hillary.

Kini, setelah 28 tahun berlalu, Dream Studio dengan sukacitanya mempersembahkan buat pertama kalinya album ini dalam bentuk CD yang diterbitkan dan dicetak sepenuhnya di Amerika Syarikat, untuk pasaran di Malaysia & Singapura. Album asal tahun 1989 ini telah melalui proses remastering secara professional di Amerika Syarikat dan adalah terhad kepada 1,000 unit sahaja.


CD akan mula dipasarkan pada 18 Mac 2017 dengan harga RM39 seunit melalui kedai-kedai muzik berikut secara ekslusifnya pada hari pelancaran nanti atau online pada 20 Mac 2017 di Facebook fanpage @dreamstudio20 atau instagram :



Selain daripada penerbitan dan pengedaran muzik bermutu tinggi, Dream Studio juga memasarkan barangan-barangan "collectibles" yang ekslusif serta diminati ramai seperti Star Wars, Marvel, DC dan lain-lain lagi. |MYBuzz

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page