top of page

11 Selebriti Popular Bergabung Promosi Karnival Fashion, Health & Beauty Exporia 2017


Bermula 21 sehingga 23 April depan, 11 selebriti terkenal tanah air antaranya Paknil, Alyah dan Sakura Band akan bergabung bagi mempromosikan Karnival Jualan Pra Hari Raya 'Fashion, Health & Beauty Exporia 2017' yang bakal diadakan di Ball Room, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor.


Menurut Pengarah Urusan Global Pro Event, Nurul Hana Mayikhi, menjelaskan karnival yang bakal diadakan ini , akan mengumpulkan 140 vendor dari pelbagai segmen produk kecantikan, kesihatan serta fesyen dibawah satu bumbung dimana harga setiap jualan dan perkhidmatan akan diberikan pada

harga diskaun serta jualan runtuh. Tambahnya lagi, semua pempamer merupakan pemain industri terkenal dalam segmen pasaran masing masing.


Selain dari Paknil, Alyah dan Sakura Band, selebriti lain seperti Man Kidal, Ziana Zain, Gmie Screen, Izreen Azminda, Ika Nabeela, Jaslin Puasa, Amar Asyra, Hafreez Adam, Andy Flop Poppy, DJ Ringgo dan Nadzmi Adhwa disamping DJ Sonic yang cukup popular dikalangan pendengar radio KLFM, bakal memeriahkan karnival berkenaan.


Selain dari aktiviti jualan pra hari raya, karnival ini telah merangka beberapa aktiviti untuk pengisian sepanjang karnival berlansung seperti seminar perniagaan, ceramah kesihatan, demonstrasi produk kesihatan dan kecantikan, pertunjukan fesyen muslim, muslimah serta kanak kanak, aktiviti derma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pertandingan melukis. Satu pertandingan rekaan fesyen turut diadakan diantara UiTM, Universiti LIm Kok Wing, Universiti Pengurusan Sains dan Kolej Vokasional disepanjang karnival berlansung.


Paknil ketika diajukan soalan memaklumkan penganjuran karnival berkenaan sangat bertepatan kerana ia dapat membantu semua vendor produk memasarkan produk serta perkhidmatan mereka diluar talian.


"Teknik pemasaran dalam talian sudah terlalu 'common'. Semua pemilik jenama melakukan perkara yang sama sehingga tiada kelainan yang ditonjolkan. Mereka ini melambakkan iklan iklan produk mereka di laman sosial selebriti hingga kami sendiri tiada privasi kami bersama para peminat kami". kata Paknil


Tambah Paknil lagi , dengan adanya karnival sebegini, ia dapat membantu selebriti untuk mempromosikan produk mereka dalam masa yang sama mendekatkan selebriti dengan para peminat.


Sementara itu, Alyah turut bersetuju dengan Paknil, dimana dengan adanya karnival sebegini, pembeli boleh mencuba barangan atau perkhidmatan dan mengetahui kesesuaiannya sebebelum membeli produk terbabit. Pada karnival tersebut Paknil memasarkan produk pembersih dan kecantikan muka olehnya dibawah jenama 'ANELL', manakala Alyah pula bakal mempromosikan koleksi kanta lekapnya dibawah jenama 'EYE.NOON' by Alyah.


Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut berhubung penganjuran karnival ini, boleh menghubungi terus talian Hotline Global Pro Event di talian 011-11797692 |MYBuzz

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page