top of page

KEUNIKAN MATTE LIPSTICK ZARRAB’JOY COSMETICS



ZARRA Sinar Puteri hari ini memperkenalkan rangkaian kosmetik warna (colour cosmetics) di bawah sub-brand, ZarraB'Joy Cosmetics iaitu Matte Lipstick sebagai produk pertamanya.



Pengasasnya Datin Zamzarina Zambri terus tetap dengan pendirian menghasilkan produk berkualiti tinggi setaraf jenama Antarabangsa tetapi pada harga yg mampu dimiliki. Matte Lipstick ZarraB’Joy dihasilkan daripada bahan utama seperti Shea Butter, Argan Oil & Vitamin E. Prinsip yang dipegang iaitu “Biar Cantik Yang Sihat” masih diterapkan dalam penghasilan Matte Lipstick ZarraB’Joy.


Bagi gadis dan wanita yang inginkan hasil lipstick yang bebas kilau dan bibir kelihatan lebih padat, Matte Lipstik adalah pilihan yang tepat. Ini kerana lipstick jenis ini bersifat menyerap cahaya dan memiliki kandungan minyak yang sangat sedikit sehingga akan memberikan efek tidak berkilat.


Kelebihan Matte Lipstik ZarraB'Joy ini adalah ia tidak mudah melekat pada benda yang bersentuh dengan bibir anda, tahan lama sehinggakan pengguna tidak perlu sering mengolesnya berulang kali.


Datang dalam 7 warna terkini bagi tahun 2017 dengan berkonsepkan pemakaian hari Isnin hingga Ahad. Setiap hari diselitkan dengan kata-kata positif bertujuan meningkatkan keyakinan diri serta aura wanita apabila memakainya.


Wanita pasti tak senang duduk dengan berita ini. Terdapat 7 rona menawan yang berbeza diberi nafas segar dari bold brights, gelap, seksi hingga kepada super-versatil neutral. Setiap rona boleh diaplikasikan dengan mudah, packaging yang cukup elegan dengan warna ‘matte black’ dengan bahagian transparent di bawah lipstick untuk memudahkan kita melihat warna sebenar didalamnya.


Sebagai wanita tentunya seronok sangat kalau dapat memiliki kesemua koleksi warna. Juga sesuai jika di ‘mix n match’ mengikut kreativiti sendiri untuk hasil lebih dramatik.

Keunikan Matte Lipstick ZarraB'Joy :

  • Halal.

  • Lulus KKM.

  • Mesra wuduk.

  • Tidak mudah mengeringkan bibir.

  • Mengandungi Vitamin E, Argan Oils dan Shea Butter.

  • Tanpa bahan kimia.

  • Berbau sedap seperti kek.

  • Tidak Berminyak.

  • Warna-warna menawan dan trend masa kini.

  • Warna tak mudah luntur (pakai sekali sahaja tahan hingga ke malam).

  • Tidak melekat di cawan/gelas/ straw ketika minum.

  • Kiss baby atau suami pun tak meninggalkan kesan.

  • Produk Malaysia yang berkualiti setanding dengan jenama antarabangsa.

  • Harga mampu milik.

  • 100% milik bumiputra

KONSEP WARNA MENGIKUT AURA 7 HARI

Ada 7 kod warna berkonsepkan hari ISNIN HINGGA AHAD !!!

  • Isnin ~ ZESTY ROSE

  • Selasa ~ ZENIA DAISY

  • Rabu ~ ZAZZY VERBENA

  • Khamis ~ ZAFTIG CARNATION

  • Jumaat ~ ZEALOUS DAHLIA

  • Sabtu ~ ZONAL PEONY

  • Ahad ~ ZAPPY THERAPY

ADRIANA Duta ZarraB'Joy

Pemilihan Adriana, 22 tahun, berasal dari Kuala Lumpur sebagai Wajah ZarraB'Joy adalah tepat dan berdasarkan bakat serba boleh, karisma sebagai ikon untuk remaja yang berpendirian, bersemangat waja, juga mempunyai visi dalam mencapai kejayaan dalam hidup.

Sejak kecil, Adriana sudah terdedah dengan dunia penyiaran apabila sering dibawa masuk ke studio penyiaran di RTM menemani mamanya, Datin Zamzarina Zambri yang merupakan bekas penyampai berita, pengacara, wartawan, penerbit dan sekarang masih mengacara program talkshow Apa kata Wanita Bersama Zamzarina di TV1. Sejak itu Adriana sudah mula memasang impian untuk menjadi seperti mamanya satu hari nanti.

Pembabitannya dalam bidang pengacaraan bermula sebaik selesai peperiksaan akhir di peringkat Diploma Perakaunan di UiTM apabila Astro sedang mencari wajah baru HLive di lnstagram. Atas galakan mama, Adriana memberanikan diri untuk hadir ke sesi uji bakat. Selepas berjaya mengharungi pelbagai cabaran sebelum disenarai pendek, akhirnya beliau telah disunting pihak Astro untuk mengacarakan program AM Live dan HLive.


Biarpun telah bergelar kakitangan sepenuh masa di Astro, Adriana nekad meneruskan pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam secara separuh masa. Walaupun terpaksa mengorbankan aktiviti sosial bersama rakan sebaya kerana perlu membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran, bagi Adriana inilah waktu untuk bekerja keras mencapai cita-citanya memandangkan dia masih muda.


Gadis lincah dari Kuala Lumpur ini kini kian dikenali ramai sejurus diberi peluang membintangi beberapa drama bersiri untuk saluran Astro iaitu Suri Hati Mr Pilot, Urusan Hati Cik Drama Queen dan terbaru sebuah drama mega yang bakal menggilap skil lakonannya iaitu Jula Juli Bintang Cinta.


Adriana seorang yang berperwatakan happy go lucky, periang, banyak cakap dan ada masa boleh jadi sangat peramah terutama apabila sudah selesa dengan seseorang. Feminin tapi lasak orangnya beliau aktif mengikuti kelas kick boxing bagi mengekalkan tahap kesihatannya.


Adriana menjadikan mamanya Datin Zamzarina sebagai idola dan bangga dengan pencapaian beliau yang masih aktif mengacara sebuah program talkshow sendiri di TV1 walaupun sibuk menguruskan perniagaannya. Biar pun begitu, mama tetap menjadi pengkritik utama dan memantau perkembangan kerjaya Adriana.


Selain daripada itu, Datin Zamzarina juga peka terhadap penjagaan kesihatan kulit Adriana. Beliau memang pengguna produk kecantikan Zarra Sinar Puteri milik mamanya sejak dari sekolah menengah lagi. Sesibuk manapun kena disiplin bab penjagaan wajah. Begitu juga soal kesihatan tubuh badan.

Keperibadian, personaliti serta kejayaan dimiliki melayakkan Adriana dijadikan sebagai Wajah ZarraB'Joy Cosmetics. Ini juga merupakan langkah awal untuk Adriana mula berjinak-jinak membantu perniagaan mamanya.


Rangkaian produk kecantikan ZARRA Sinar Puteri yang mula diperkenalkan sejak 6 tahun yang lalu itu turut meletakkan Adriana sebagai Duta Flawless kerana ZARRA Sinar Puteri adalah jenama penjagaan kulit yang menggabungkan konsep inovasi, rumusan berkualiti tinggi dan gaya terkini yang menjadi daya penarik bagi setiap wanita khususnya remaja dan semua peringkat usia untuk tampil lebih cantik, yakin serta bergaya.-MYBUZZ




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page