top of page

DéWajah Lancar Rangkaian Produk Pencerahan Tanpa Pengelupasan DéRATU



Minggu lalu bertempat di Hard Rock Café, KL, DéWajah telah menganjurkan program 'Santai Mesra DéWajah Bersama Wartawan dan Selebriti' bersempena pelancaran produk terbaru keluaran DéWajah, iaitu set pencerahan tanpa pengelupasan, DéRATU


MB salute sangat pada pengasas produk DéWajah, Puan Junaidah Kiting, kerana produk kecantikan DéWajah sudah kurang lebih 30 tahun berada dipasaran dan masih banyak permintaan dari orang ramai walaupun pesaing-pesaing dalam industri ini muncul setiap hari bak cendawan tumbuh selepas hujan.


Bukan itu sahaja, beliau yang kini menjangkau usia 60 tahun masih kekal jelita dan kelihatan muda, sesuai dengan tagline produk DéWajah....."Serlahkan Kejelitaan Sebenar".


Majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan antaranya, Salma Mentor, Muhammad Mentor, Reyhana, Elda Susanti, Rina (EVA), Ran Raja Lawak dan ramai lagi. Salma dan Muhammad turut memperdengar single terbaru masing-masing. Majlis turut dirancakkan dengan persembahan oleh Reyhana Yunus, pemenang pingat emas di WCOPA 3 tahun lalu.


Menurut Puan Fariza ketika pelancaran produk DéRATU, produk ini berasaskan serbuk mutiara berkualiti tinggi yang mampu menyerikan serta mencerahkan kulit yang kusam secara alami tanpa pengelupasan, sesuai dengan permintaan terkini yang menginginkan produk kecantikanyang halal, berkualiti, berkesan dan selamat digunakan.


"DéRATU bertindak dengan sangat lembut pada wajah dan tidak merengsakan kulit. DéRATU sesuai digunakan oleh pengguna pada seluruh peringkat usia seawal usia 13 tahun". tambah Puan Fariza.



Set DéRATU Gold

Set DéRATU terbahagi kepada 2 jenis iaitu Set DéRATU Gold yang khusus untuk merawat kulit normal dan kering yang kusam serta tidak bermaya. Sementara itu. Set DéRATU Diamond pula dikhususkan untuk merawat kulit berminyak dan tidak bermaya. Penggunaan secara konsistem mampu membuatkan kulit wajah tampak lebih sihat, bermaya, berseri, kecerahan yang sekata serta bebas cela.


Set DéRATU Diamond


Seiring dengan perkembangan teknologi, DéWajah kini turut memasarkan produk mereka di zalora.com.my . Selain dari ejen ejen lantikan, DéWajah juga boleh boleh diakses terus oleh para pelanggan di akaun Facebook dan Instagram rasmi mereka. Untuk sebarang maklumat lanjut,sila hubungi 03-5511 8519 atau 12-686 2506 (Fariza) |MYBuzz





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page