top of page

SNA Wellness Bangunkan Jenama Sweedskin Dari Sel Keladi


Sekitar tahun 2014 , produk penjagaan kulit SWEEDSKIN, telah berada dalam pasaran tetapi hanya terhad dan digunakan di kebanyakkan klinik klinik estetika di dalam negara. Ramai pakar estetik tempatan amat berpuas hati dengan keberkesanan SWEEDSKIN dalam membantu memelihara dan memulihara kesihatan kulit.


SWEEDSKIN dikelaskan dalam ketegori produk kosmesiutikal yang mana produk ini bukan sahaja produk berasaskan pembersihan kulit tetapi mempunyai nilai nilai penyembuhan didalamnya. Jesteru pada tahun ini, atas pengiktirafan serta testimoni testimoni positif yang diterima, pihak SNA Wellness International Sdn Bhd mengorak langkah besar untuk memasarkan produk SWEEDSKIN dipasaran umum.

Hasil kerjasama SNA Wellness International SB bersama Solabia Group, France serta Mibelle Group Biochemistry, Switzerland iaitu dua institusi terkemuka eropah dalam penghasilan produk kosmetik dan farmasiutikal, telah menghasilkan 7 varian produk kosmesiutikal di bawah jenama SWEEDSKIN. Bagi memperkuatkan jenama SWEEDSKIN, pihak pengurusan SNA Wellness, menngunakan tagline 'Science Behind Beauty' . Ini kerana setiap peringkat produk ini telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang begitu rapi dan teliti.


SWEEDSKIN mengandungi 2 bahan aktif iaitu Celtonyl dan Snow Algae Powder. Celtonyl merupakan sejenis sel yang bertindak balas sebagai pengaktif dalam proses penghasilan sel-sel baharu dan diperolehi daripada daun keladi (Colocasia Esculenta) yang diketahui kaya dengan pelbagai khasiat.

Colocasia Esculenta


Sementara itu, Snow Algae Powder yang terkandung dalam formulasi SWEEDSKIN, diekstrak dari tumbuhan salji alga yang mempunyai keupayaan unik untuk aktif hidup pada suhu kira-kira 0 ° C. Salji alga berkembang di kawasan-kawasan di mana terdapat sama ada untuk Alpine atau kutub iklim di mana terdapat salji sepanjang tahun (kekal salji). Alga hijau biasanya menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran melampau: apabila radiasi UV mengingkat pada awal musim panas, tumbuhan salji alga ini akan bertukar merah kerana ia menghasilkan lebih pigmen carotenoid berbanding klorofil. Didalam keadaan persekitaran yang extreme inilah, telah membuatkan tumbuhan alga ini dapat menghasil tindak balas molekul yang bebas tekanan.


Snow Algae


Menurut pengasas SNA Wellness SB, Datin Seri Noor Asikin Muhammad, hasil kajian dan pembangunan yang dijalankan oleh Solabia Group, Perancis telah menjadikan SWEEDSKIN sebagai produk penjagaan kulit pertama di dunia yang menggunakan Celtonyl. Manakala Mibelle Group, Switzerland pula menghasilkan produk penjagaan kulit yang pertama di Asia Tenggara menggunakan serbuk rumpai salji ( Snow Algae Powder).


Produk SWEEDSKIN telah disahkan bebas dari 9 elemen tidak sihat seperti:


√ BEBAS Bahan Pengawet √ BEBAS Silikon √ BEBAS Bahan Lanoline √ BEBAS Paraben √ BEBAS Bahan Komedogenik (Penyebab bintik hitam/ Punca lubang pori tersumbat) √ BEBAS Bahan Bahan Dari Haiwan √ BEBAS Minyak Mineral √ BEBAS Pewarna √ BEBAS Alkohol


Varian Produk Jenama Sweedskin


7 Varian Produk SWEEDSKIN


LUMINOUS PURIFYING CLEANSER

BioEcolia®


Gel Pembersih yang merawat kulit dan membersih lembut lagi dengan mendalam. Ia membantu melindungi kulit terhadap persekitaran di luar, Menjadikan kulit bersih, lembut, licin dan kelihatan muda.

SKIN ACTIVATOR MIST Celtonyl®


Formula bebas minyak yang menyerap pantas dirumus cukup lembut untuk kegunaan harian pada kulit anda dan memberikan kesan sempurna.

HYDRATING MOISTURIZER SERUM Focucert®


Serum yang berkhasiat dan mesra kulit mengandungi semua khasiat serta manfaat penting kepada kulit . Ianya mudah diserap dan memberikan kadar penghidratan yang optimum serta mengembalikan keremajaan pada kulit

DAILY DEFENCE CREAM

Saniskin®


Krim yang mudah diserap kulit. Krim siang yang dicipta untuk membantu memelihara kulit dari sinaran UV yang merosakkan. Memelihara serta melembabkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.

SEBUM REDUCER SERUM Sebustop®Up


Serum yang dicipta untuk kegunaan harian bagi mengatasi masalah jerawat serta membersihkan liang pori. Menjadikan kulit kurang berminyak dan tampil lebih segar, lembut dan cerah sekata.

AGE REVERSING SERUM Snow Algae Powder


Serum yang diformulasikan secara khusus untuk mengatasi masalah penuaan. Formulasinya tidak meninggalkan kesan berminyak dan diperkaya dengan khasiat tumbuhan salji alga. Membantu memelihara serta memulihara kulit. Tona kulit akan lebih sekata anjal dan bersinar

BRIGHTENING SERUM Omegalight®


Serum pencerahan yang membantu mencerahkan kulit. Penggunaan yang kerap membantu kulit menjadi lebih sihat, lembut, dan kekal lembab dan kelihatan muda


Menjadikan Sweedskin sebagai rejim pembersihan kulit yang kerap bakal menampakkan hasil yang ketara seawal 2 minggu penggunaan.Produk Sweedskin boleh didapati dirangkaian fasmasi Healthlane Pharmacy, Butik tunggal Sweedskin di AEON Mall Kota Bharu. Pembelian produk Sweedskin boleh juga dibuat secara online melalui Lazada dan 11th Street. Untuk maklumat lanjut sila layari www.sweedskin.com |MYBuzz



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page