Tongkang Yard kini Adi Busana!
'Adi Busana' atau dalam terma fesyen antarabangsa disebut sebagai Haute Couture yang merujuk kepada pembikinan busana kelas tinggi (high dress making). Rekaannya sangat eksklusif dan selalunya ditujukan untuk kalangan masyarakat dari peringkat kelas tinggi. Haute couture dihasilkan berdasarkan pesanan untuk majlis yang khusus dan dari bahan yang berkualiti tinggi, manakala pilihan fabrik pula yang benar-benar mahal dan dijahit dengan penuh perhatian hingga ke perincian kecil sekalipun, sehingga memerlu waktu yang lama untuk menghasilkan busana yang bisa dipanggil Haute Couture.
Di Malaysia, bila saja berbicara tentang Adi Busana maka nama nama pereka fesyen tempatan seperti Rizalman, Cosry, Hatta Dolmat, Amir Kadir, Zery Zamry akan bermain dibibir pencinta Haute Couture. Hasil kerja mereka bukan sahaja menjadi buruan fashionista dan selebriti tempatan bahkan turut diperagakan di pentas peragaan antarabangsa.
Satu lagi jenama fesyen mewah tempatan yang mula menjadi perhatian high end fashionista di Malaysia, Bianco Mimosa mula melakar nama dalam industri fesyen tanah air khususnya dalam penghasilan busana Haute Couture.
Tidak pernah gagal meraih perhatian ramai menerusi sentuhan rekaan busananya yang memukau, Bianco Mimosa hadir sekali lagi dengan seleksi koleksi adi busana (haute couture) terbaru untuk memenuhi citarasa wanita yang berkelas tinggi.
Dihasilkan oleh Dato Ida Suraya Mustapha (foto), koleksi dinamik kali ini yang terdiri daripada 12 adi busana kesemuanya, memberi titik tumpu pada kelainan dan kekuatan jenama Bianco Mimosa itu sendiri dalam seni adi busana merentasi masa berbanding koleksi-koleksi yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Baru baru ini dalam satu pertemuan bersama para blogger, Dato Ida Suraya berkongsi sedikit sebanyak cerita menarik tentang koleksi Hari Raya 2017 serta koleksi terbaru beliau yang bakal diperagakan di New York, Amerika Syarikat pada September tahun ini.
Menariknya kali ini, Dato Ida Suraya tampil dengan percaturan berani dan tersendiri dengan mengambil tema susur galur latar belakangnya sebagai seorang anak desa sekali gus mencetuskan rona berbeza dan istimewa dalam sentuhan rekaannya untuk koleksi baru ini.
Pertemuan Dato Ida Suraya bersama Blogger
Hadir dengan tema The Tale of Tongkang Yard, idea itu datangnya daripada Dato Ida Suraya sendiri yang sengaja memercikkan imbauan kenangan manisnya ketika membesar di Kampong Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah sebagai pengisian jalan cerita pada koleksi ini.
Lebih matang dan diangkat pada nilai sofistikated, Bianco Mimosa menerusi A Tale of Tongkang Yard meletakkan keutamaan pada penggunaan fabrik yang bermutu, perincian serta gabungan elemen seni dalam setiap rekaannya. Tentu sekali unsur kejutan banyak diterapkan dalam koleksi adi busana Bianco kali ini bagi menunjukkan kekuatan Bianco Mimosa apalagi dalam misinya membawa jenama ini kepentas antarabangsa setaraf dengan jenama adi busana berkelas tinggi luar negara.
Mengangkat nilai `modern modesty’ untuk kaum wanita yang berhijab dalam pertunjukan fesyen di New York kali ini, Dato Ida Suraya melihat ia sebagai satu `trend’ dimana pada waktu ini, pasaran busana dalam paten penataan corak dan gaya muslimah di luar negara, terutama di New York dilihat begitu memberangsangkan dan sudah semakin diterima baik oleh masyarakat luar.
Menggunakan 100 peratus teknik `Couture’ dalam setiap rekaan, ia diberikan penekanan utama bagi mengekalkan nilai authentic sebuah jenama Bianco Mimosa sebagaimana yang diterapkan dalam setiap rekaan adi busananya yang sebelum ini.
Mengenali air tangan Bianco Mimosa itu sendiri, setiap rekaan telah menggunakan fabrik yang diimport khas dari Eropah terutamana dari Itali (bersamaan dengan tempat pembuatan couture terkenal seperti Zuhair Murad, Elie Saab, Oscar dan lain-lain) bagi mencetuskan rasa dan nuansa `Couture’ itu sendiri dalam definisi sebenar dan asli.
Dato Ida Suraya bercerita perihal Koleksi The Tale of Tongkang Yard | Youtube Hanny Abdullah
"Perincian koleksi kali ini juga agak berbeza dari sebelum ini dimana ia lebih dinamik dengan rekaan perincian yang sangat mencabar dan rumit. Untuk rekod, durasi masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan `masterpiece’ The Tale of The Tongkang Yard ini adalah selama lebih enam bulan dengan menggunakan tenaga kerja seramai lebih 20 orang dalam memastikan proses keseluruhan penghasilan adi busana ini mencapai kepuasan yang tinggi". Ujar Dato Ida Suraya
Sedikit maklumat mengenai pertunjukkan fesyen di New York, Bianco Mimosa merupakan antara empat jenama pereka fesyen terkemuka tanah air yang akan mewakili negara ke pentas fesyen di New York dibawah pengelolaan Peniagawati.
Keempat-empat pereka fesyen ini akan menampilkan koleksi-koleksi hebat mereka dengan tema pilihan tersendiri untuk menjayakan Minggu Fesyen Couture New York pada bulan September 2017 bersama-sama penyertaan usahawanita yang terpilih.
KOLEKSI EID 2017 T'AMORE
Koleksi Aidilfitri 2017 Bianco Mimosa ini telah dilancarkan baru baru ini di pertunjukan fesyen Lebaran Fashion Trend yang berlansung di The Glass House , Seputeh. Koleksi ini terdiri dari lebih dari 15 rekaan busana wanita serta kurta untuk lelaki.
Koleksi Eid 2017 Bianco Mimosa - T'Amore | Sumber FB Bianco Mimosa
SEMALU PUTIH BIANCO MIMOSA
Bianco Mimosa Haute Couture
Bianco Mimosa ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij tanah air.
Koleksi pertamanya yang menggunakan bunga tekap telah dilancarkan pada 7 September 2013 dan turut dihadiri oleh ramai barisan artis dan selebriti terkenal tempatan termasuk kehadiran wakil dari butik berprestij seperti Louis Vuitton, Versace, Roberto Cavalli.
Program kedua yang pernah diadakan oleh Bianco Mimosa adalah pada 29 Jun 2014 yang menyaksikan Bianco Mimosa hadir dengan koleksi Mimosa Raya.
Bianco Mimosa dijadikan sebagai tanda nama kepada jenama ini yang diambil daripada bahasa Itali yang menyaksikan Bianco membawa maksud putih (Houses Couture Atelier) manakala Mimosa pula adalah nama saintifik bagi tumbuhan semalu yang merupakan tumbuhan kesukaan Dato Ida Suraya.
Merupakan butik fesyen yang turut menyediakan koleksi `ready-to-wear', Bianco Mimosa turut mengambil inspirasi daripadapereka fesyen dari luar negara dan fabrik yang digunakan juga didatangkan khas daripada pelbagai lokasi di luar negara termasuk dari Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Turki, Afrika Selatan, India, Vietnam dan pelbagai lagi.
Bianco Mimosa juga beroperasi di dua buah cawangan iaitu di Busana Mall, Kuala Lumpur termasuk di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor (Ibu Pejabat). Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi talian 60 3-6145 0029 ( Pejabat). |MYBuzz
Alamat:
No. 48-G, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sg. Buloh, Selangor, Malaysia
Waktu Perniagaan: 9AM–7PM
Instagram: @mybiancomimosa
Facebook: https://facebook.com/bianco.mimosa
k