top of page

Cosry Lancar Koleksi PRIMADONA RAYA by Glamora Sempena Syawal 2017


Masih ingat lagi kemegahan gaun pengantin yang dikenakan pelakon Anzalna Nasir sewaktu resepsi beliau tahun lalu. Gaun pengantin yang penuh warna warni bercorak kelopak daun dan bunga besar merupakan rekaan Putra Aziz, Pengarah Kreatif House of Cosry yang mana ilhamnya datang dari patung Barbie Mariposa yang menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna 'off white' dan 'dusty pink', serta taburan batu permata Swarozki mendapat pujian luar biasa dari ramai fashionista di dalam mahupun luar negara


Mengambil peluang dengan ketibaan Syawal ini, Putra Aziz yang amat menitik beratkan keinginan pelanggannya walaupun rekaannya amat eksklusif, tampil dengan 'meng-hadiahkan' kepada mereka busana raya yang bermotifkan 'Majestic Mariposa Print'.


Menurut Putra Aziz, Aidilfitri adalah moment yang amat bermakna dan meng-gembirakan untuk wanita menggayakan fesyen yang mereka idamkan, dan pastinya segala tumpuan akan terfokus pada si pemakainya.


"Saya hadirkan busana raya Cosry bermotifkan Majestic Mariposa Print pada Syawal tahun ini khusus untuk kaum wanita yang amat mementingkan penampilan mereka walau dimana saja berada apatah lagi pada Hari Raya.


"Diinspirasikan dari gaun pengantin Anzalna Nasir, menerusi koleksi ini saya mengekalkan elemen elegen, sofistikated dan eksklusif dalam rekaan yang 'simple' agar sesuai digayakan pada musin perayaan serta ke pelbagai acara lain.


"Menariknya, bahagian atas busana itu juga boleh disuai padankan dengan 'long pants', palazzo dan skirt mengikut kreativiti masing masing. Sememangnya tiada had dalam berfesyen," katanya


Menampilkan rekaan tropical dalam 3 jenis 'print' dan 3 rona warna iaitu hijau, biru dan 'dusty pink', setiap potongan Mariposa lebih kepada 'cape concept' dan material yang digunakan untuk koleksi ini terdiri dari georgette dan sifon.


Dalam keterujaan Putra Aziz untuk menghasilkan koleksi PRIMADONA RAYA Cosry by Glamora, beliau sama sekali tidak mengabaikan aspek keselesaan si pemakai terutama dalam keadaan cuaca Malaysia yang agak panas ketika ini.


Sebanyak 27 rekaan busana terdapat dalam koleksi ini dan semuanya menggunakan material yang diimport dari luar negara. Kesemua rekaan ini . Kesemua rekaan ini boleh didapati dalam harga yang mampu milik.


"Wanita hari ini tidak mahu rekaan yang terlalu sarat tetapi dengan material yang eksklusif, rekaan yang ringkas saja sudah mampu menyerlahkan penampilan si pemakai," tambahnya lagi.

PROTEGE'


Pada hari pelancaran koleksi PRIMADONA RAYA Cosry by Glamora tersebut Putra Aziz turut memperkenalkan anak didiknya Shera Lee. Wanita yang berusia 26 tahun itu yang memiliki nama sebenar Nurshahira Romli, sudah 4 tahun terbabit dalam dunia fesyen dan telah memiliki butik di Bangi Sentral.


Pertemuan 6 mata antara beliau , Putra Aziz dan Ariff Quasri yang merupakan Pengarah Urusan Cosry Wise (M) SB lebih setengah tahun lalu telah memberikan Shera persepsi yang berbeza terhadap dunia rekaan fesyen serta turut 'membuka' pandangannya terhadap masa depannya dalam bidang yang amat kompetitif itu.


"Putra Aziz mahu saya menjadi seorang yang 'extraordinary' dalam dunia fesyen barulah saya boleh meletakkan 'standard' dalam setiap rekaan saya.


"Putra Aziz dan Ariff Quasri benar benar mahu melihat saya berjaya sehingga mereka sanggup menjadikan saya sebagai protege' mereka dalam dunia fesyen," katanya.


Sekitar Pertunjukan Fesyen #GayaKoleksiRaya 2017 Primadona Raya Cosry by Glamora & Shera Lee


Untuk koleksi raya tahun ini, Shera Lee turut beriringan dengan Cosry dengan menampilkan 11 rekaan berkonsepkan kimono dan peplum yang menggunakan material yang direka khusus untuk koleksinya itu.


Untuk lebih maklumat berkenaan kedua dua koleksi ini, anda boleh lawati akaun Facebook Cosry dan Shera Lee dan di laman web www.cosry.com |MYBuzz




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page