top of page

Kimball Kongsi Resepi Hidangan Sahur yang Mudah, Berkhasiat dan Lazat Untuk Para Ibu Yang Sibuk

"Resepi-resepi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball, terdiri daripada makanan yang berasaskan kepada nasi, pasta dan roti".


Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah lebih 10 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Yang paling sibuk di bulan ini pastinya para ibu kerana mereka perlu mengimbangi tugas harian di rumah, pejabat dan menyediakan hidangan berbuka pada waktu petang serta hidangan bersahur pada awal pagi untuk ahli keluarga tersayang. Bagi ibu yang pertama kali menyediakan sahur untuk anak-anak kecil, timbul kebimbangan sama ada hidangan yang disediakan itu mampu memberi tenaga secukupnya kepada mereka sepanjang hari dan sesuai untuk anak yang cerewet dan pilih makanan. Namun, perkara yang paling membimbangkan ialah adakah makanan itu dapat disediakan dan dinikmati sebelum waktu sahur berakhir. Kimball, jenama produk kulinari rakyat Malaysia dengan warisan melebihi 40 tahun memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, termasuk terpaksa bangun awal pagi semasa bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan sahur. Oleh itu, Kimball memberikan penyelesaian untuk hidangan sahur yang mudah dan lazat supaya ibu-ibu mempunyai lebih masa untuk menemani keluarga.


Bagi seorang ibu berkerjaya dengan tiga orang anak, Pn Nur Yusnizah Yushof (Empat dari kiri), walaupun masa merupakan satu cabaran, bulan Ramadan ialah masa yang istimewa kerana beliau boleh mengajar contoh Insan mithali dan jadikan teladan wanita solehah kepada anak-anaknya.

Bagi seorang ibu berkerjaya dengan tiga orang anak, Pn Nur Yusnizah Yushof, Ramadan ialah masa yang istimewa kerana beliau boleh menjadi contoh dari segi rohani kepada anak-anaknya. Namun begitu, beliau merasakan bahawa aspek pengurusan masa menjadi cabaran paling besar, terutama dalam penyediaan makanan untuk bersahur. Beliau biasanya memasak hidangan sahur di rumah kerana mahu hidangan tersebut sesuai untuk selera keluarga, di samping menawarkan nutrisi dan tenaga sewajarnya supaya mereka boleh berpuasa dengan sempurna. “Anak perempuan saya berumur 14 dan 12 tahun, mereka sudah berpuasa sejak beberapa tahun lalu. Penyediaan hidangan sahur pertama untuk anak sulung saya agak sukar kerana saya mahu memberikannya makanan yang menyelerakan dan juga membolehkannya bertahan sepanjang hari. Masa itu, saya tidak tidur kerana risau, malah saya membeli makanan tambahan di kedai kerana takut saya tidak sempat memasak makanan untuk bersahur. Insha’Allah, semuanya berjalan lancar. Sebab itu saya sentiasa mencari resepi yang mudah untuk sahur,” jelas Pn Nur Yusnizah.

Memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu sepanjang Ramadan terutama penyediaan hidangan sahur, Kimball yang mempunyai rangkaian luas sos, sos pasta dan pasta kering telah bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani (foto) untuk menghasilkan lima resepi sahur yang mudah dan lazat serta ia boleh dijamu oleh 5 ahli keluarga dengan bajet sekitar RM15 sahaja. Sebagai seorang ibu juga, Chef Rohani memahami keperluan untuk tampil dengan resepi mudah yang boleh disediakan ketika sahur atau pada malam sebelumnya. Resepi-resepi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball terdiri daripada makanan yang berasaskan kepada nasi, pasta dan roti. Roti Berinti Kimball yang menjadi kegemaran ramai, Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang sangat mudah, Sos Ayam Cendawan Dengan Angel Hair Kimball yang sedap dan senang, hidangan tradisional Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball serta Bun Ayam BBQ Kimball yang bersaiz gigitan dan enak. Semua hidangan ini juga berkhasiat untuk seisi keluarga untuk menjalani puasa dengan selesa. Sebagai contoh, ia menggunakan pasta Angel Hair Kimball berbanding mee kerana ia lebih sihat, berkhasiat dan mengenyangkan.

“Saya menghasilkan resepi-resepi ini agar ia mudah dan boleh disediakan pada malam sebelumnya. Rasanya juga tetap selazat apabila dipanaskan ketika Sahur,” kata Chef Rohani. “Saya pasti akan menggunakan resepi-resepi Kimball ini sepanjang Ramadan. Resepi Chef Rohani memang bagus kerana resepi yang ala ‘satu periuk’ ini dapat menjimatkan masa memasak dan mencuci. Keluarga saya sangat menggemari Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball dan Bun Ayam BBQ Kimball. Sos-sos Kimball yang digunakan juga memang menambah perisa dan memendek masa penyediaan makanan,” katanya. Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, terutama ketika hendak menyediakan hidangan sahur sepanjang

Ramadan.


Maka, Kimball telah menghasilkan resepi-resepi Satu Periuk Nasi Ayam Hainan Kimball yang mudah disediakan

yang mudah, berkhasiat dan lazat untuk mem- untuk Sahur pasti menjadi kegemaran keluarga.

berikan ibu-ibu lebih banyak masa bersama dengan keluarga, dengan memendekkan masa yang diluangkan di dapur. “Sebagai contoh, Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball boleh disediakan dengan pantas. Ia merupakan satu hidangan yang berkhasiat kerana mengandungi sumber karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Apa yang lebih bagus lagi, semua hidangan sahur Kimball yang kami hasilkan boleh dinikmati oleh lima orang sekeluarga dengan kos cuma RM15 atau kurang,” kata Cik Tania.

Kekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari dengan hidangan tradisional Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball masa berpuasa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Kimball serta pilihan resepi yang pantas, mudah dan lazat pada harga berpatutan, sila layari laman web: http://www.kimball.com.my/. Kunjungi juga laman Facebook https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ untuk mengetahui perkembangan dan maklumat terkini tentang produk Kimball dan bagaimana memaksimum rasa dengan ramuan ringkas yang boleh anda dapati di rumah pada harga yang rendah!


RESIPI PILIHAN KIMBALL


ROTI BERINTI KIMBALL

Masa Memasak: 20 minit Saiz Hidangan: 5 orang Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani


Bahan-bahan

Untuk inti:

2 sudu besar minyak

1 biji bawang, dicincang halus

3 sudu besar serbuk kari

300 g daging cincang

2 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball

2 sudu besar Sos Tomato Kimball

1 ½ cawan sayur campur sejuk beku

Garam, secukup rasa

2 biji telur, dipukul

Untuk roti:

3-4 sudu besar minyak

1 bantal roti sandwic

4 biji telur

1 sudu besar susu pekat

½ sudu teh garam

1 cawan air

½ cawan Sos Cili Kimball


Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cencang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.

  2. Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.

 

SATU PERIUK NASI AYAM HAINAN KIMBALL

Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 30 minit

Saiz Hidangan: 5 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan:

½ ekor ayam, potong enam

2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

1 sudu besar jus halia

½ sudu teh garam

½ sudu teh serbuk lada putih

2 ½ cawan (500 g) beras, dibasuh dan disejat

2 sudu besar minyak

2 ulas bawang putih, dicincang halus

2 sm halia, dihiris nipis

600 ml stok ayam

2 helai daun pandan, disimpulkan

Untuk hiasan:

1 tangkai daun bawang, dihiris nipis

1 biji timun, dihiris

2 sudu besar sos caramel pekat

¾ cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball

Cara memasak:

  1. Perap ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, jus halia, garam dan lada putih selama 10 minit.

  2. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumis halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan beras, gaul sampai mesra. Campurkan stok ayam, ½ sudu teh garam dan daun pandan. Tutup, biarkan mendidih dan air sedikit kering tetapi nasi masih lembap.

  3. Kemudian, ‘tanam’ ayam perap tadi di dalam nasi. Perlahankan api dan tutup periuk dengan kemas. Biarkan masak anggaran 25 minit.

SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

Saiz Hidangan: 5 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani


Bahan-bahan

Untuk Sos Ayam Cendawan:

2 cawan stok ayam

2 sudu besar tepung jagung

2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

3 sudu besar kicap cair

½ sudu teh garam

½ sudu teh serbuk lada putih

2 sudu besar minyak

2 sm halia, dihiris nipis

3 ulas bawang putih, dicincang halus

300 g isi dada ayam, dipotong nipis

200 g cendawan tiram, dihiris tebal


Untuk Adunan Angel Hair Kimball:

3 sudu besar minyak

4 ulas bawang putih, dihiris halus

2 sudu besar Sos Tiram Kimball

2 sudu besar sos caramel pekat

2 sudu besar kicap cair

½ sudu teh serbuk lada putih

1 sudu teh gula

400 g Angel Hair Kimball

200 g pak choy, petik anggaran 5 sm


Cara memasak:

  1. Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.

  2. Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.

  3. Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak.

  4. Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.

NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 20 minit

Saiz Hidangan: 5 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani




Bahan-bahan:

3 sudu besar minyak

4 ulas bawang putih, dicincang halus

200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub

1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil

5 batang kacang panjang, dihiris halus

5 biji cili burung, dihiris nipis

3 sudu besar Sos Tomato Kimball

1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

5 cawan nasi

2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm

1 sudu besar sos ikan

1 sudu teh serbuk lada hitam

5-6 daun limau purut, disiat halus

3 sudu besar bawang goreng


Untuk hiasan:

3 sudu besar minyak

4-5 biji telur

2-3 sudu besar sos karamel pekat

1 biji timun, dihiris

2-3 sudu besar bawang goreng

4-5 limau nipis, dipotong baji




Cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi. 2. Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api. 3. Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.

 

BUN AYAM BBQ KIMBALL

Masa Penyediaan: 1 jam 20 minit

Masa Memasak: 40 minit

Saiz Hidangan: 5 orang

Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani

Bahan-bahan

Untuk doh:

1 biji telur

2 sudu besar susu pekat

150 ml air

400 g tepung

1 sudu teh garam

1 teh yis segera

50 g mentega lembut

Untuk inti:

3 sudu besar minyak

1 biji bawang, dicincang halus

1 biji lobak merah, dicincang halus

300 g ayam kisar

¼ cawan Sos BBQ Kimball

1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

3 sudu besar Mayonis Kimball

2 tangkai daun bawang, dihiris halus

Cara memasak:

  1. Untuk membuat doh: Pukul telur, susu pekat dan air, ketepikan. Campur tepung, garam, yis berserta mentega dalam mangkuk besar dan uli sebati. Masukkan pula telur adunan dan uli lagi selama 5 -10 minit sehingga doh lembut dan elastik. Kemudian, tutup mangkuk doh dengan plastic dan ketepikan dalam suhu rumah selama 1 jam (sehingga doh naik berganda).

  2. Sementara menunggu doh naik, buat inti: Panaskan minyak di dalam pan atas api sederhana. Tumis bawang dan lobak merah sehingga lembut. Masukkan ayam dan kacau sehingga empuk. Tambah Sos BBQ Kimball dan Sos Tiram Kimball. Masak lagi selama 10 minit. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball dan daun bawang. Tutup api dan tuang ke dalam pinggan untuk disejukkan.

  3. Apabila doh dah naik, uli perlahan-lahan untuk keluarkan angina di dalam doh. Bentukkan doh seperti balak dan potong 12 dalam saiz yang sama. Setiap keping dibentuk seperti bola. Kemudian leperkan ia dan letak 2 sudu besar inti. Lipat kepada separuh dan tekan kemas pada bahagian tepinya.

  4. Bun yang telah diisi inti disusun atas dulang pembakar bergris. Tutup dengan tuala bersih dan lembap selama 30 minit atau sehingga doh menjadi anjal bila disentuh. Kemudian sapu bun dengan susu dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (180‘C) selama 20 minit atau sehingga ban kembang dan berwarna perang keemasan.









Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page