15 Jenis Aneka Sambal Menjadi Tarikan Berbuka Puasa Di Kuala Lumpur International Hotel
Bertemakan 'Masakan Kampung Sejati' Kuala Lumpur International Hotel sekali lagi mengadakan promosi berbuka puasa Ramadhan 2017 bertempat di Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel, Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Sajian Buffet Ramadhan bermula seawal hari pertama bulan Ramadhan sehingga menjelangnya malam Aidilfitri, setiap hari dari jam 6.30 petang – 9.30 malam. Kadar harga untuk dewasa adalah RM 69.00 bersih dan RM 35.00 bersih untuk kanak –kanak 4-12 tahun ( termasuk 6% GST ).
Foto dari tengah Kanan : Encik Azzly Ariffin, Penolong Pengurus Besar & Encik Syed Zul, Pengurus F & B bersama barisan chef KLIH
Barisan sajian bufet Ramadhan akan disulami dengan beberapa sudut 'live cooking'menjanjikan keenakan keaslian masakan ibunda termasuklah deretan 30 jenis aneka Kerabu, 15 jenis aneka Sambal, 4 jenis aneka Sup, Murtabak, Loklok, Ikan bakar, Bubur Lambuk, Goreng-gorengan Panas and banyak lagi.
Pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini seperti Promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Prabayar dan Set Pakej Katering 'TakeAway’.
Di samping itu, pihak hotel juga menyediakan Moreh secara percuma setiap hari kepada para jemaah yang menunaikan Sembahaynag Terawikh di surau kami. Antara aktiviti harian lain sepanjang Bulan Ramadhan adalah Tazkirah sebelum waktu buka puasa dan pengedaran Surah Yassin.
Bagi kemudahan pelanggan, kami menganjurkan sembahyang Maghrib, Isyak and Tarawikh secara berjemaah di surau kami yang akan dipimpin oleh Imam Bertauliah yang dijemput khas. Kaunter Zakat Fitrah pula akan beroperasi di lobi hotel pada 20 –27 Ramadhan yang dikendalikan oleh pegawai PPZ.
Untuk mendapat keterangan lanjut tentang promosi ini, boleh berhubung dengan En Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan & Pemasaran ditalian 019-3822 100 atau layari www.klitel.com.my
Team MB bagi 4 Bintang / 5 Bintang bagi aneka sambal yang disajikan. Sangat Sedap & Anda Harus Cuba - MYBUZZ