top of page

‘Sajian Bijak Raya’ Kimball Jadikan Rumah Terbuka Hari Raya Mampu Anjur Bagi Semua


(Dari Kiri) Pelakon dan pengacara tanah air terkenal, Raja Azura, Pengurus Besar Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, En Paul Serra, penulis makanan dan pemaju resipi yang disanjungi, Chef Rohani Jelani, dan Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Cik Tania Lee bersama pelbagai jenis produk berkualiti Kimball di demonstrasi masakan “Sajian Bijak Raya Kimball”

Dengan hanya bajet RM100, menu lima hidangan Raya Kimball terdiri daripada dua pembuka selera; dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera lapan orang.



Kurang 2 minggu lagi, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa yang merupakan salah salah satu dari pada rukun Islam yang lima.


Hari Raya adalah masa untuk bergembira, namun, dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini, ia boleh menimbulkan keresahan kepada golongan ibu-ibu Melayu yang meraikannya kerana perlu memikirkan cara berbelanja secara berhemah untuk membeli keperluan perayaan seperti makanan, pakaian dan perhiasan untuk sambutan setahun sekali ini. Kimball, jenama produk kulinari yang terkenal dengan sos, sos spageti, pasta dan lain-lain memahami cabaran yang dialami oleh ibu-ibu untuk menganjurkan aktiviti rumah terbuka semasa Raya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini. Oleh itu, Kimball telah bekerjasama dengan pencipta resipi yang disanjungi, Chef Rohani Jelani untuk mencipta menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’, bagi memperkenalkan cara bijak untuk mengadakan jamuan Hari Raya tanpa menggunakan bajet yang tinggi. Dengan hanya bajet RM100, menu lima hidangan Raya Kimball terdiri daripada dua pembuka selera; dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang dapat memenuhi selera lapan orang.

Demonstrasi masakan ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ yang memaparkan hidangan yang bertaraf restoran dengan hanya RM100, telah dianjurkan bersama pengacara televisyen popular, Raja Azura (Kak Engku) dan Chef Rohani baru-baru ini. Menurut Chef Rohani, hidangan jamuan Hari Raya di kebanyakan rumah terbuka mudah untuk diramalkan. “Kebiasaannya hidangan yang akan disediakan ialah ketupat, lemang dan rendang. Justeru saya telah menghasilkan menu ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ bersama Kimball yang bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga boleh disajikan sebagai pilihan yang lazat untuk jamuan Rumah Terbuka Hari Raya,” kata beliau. Bagi selebriti terkenal, Kak Engku, yang juga merupakan seorang ibu beranak tiga pula, Hari Raya merupakan masa untuk menjadi lebih kreatif kerana ada jangkaan yang perlu dipenuhi. (Dari Kiri) Raja Azura, atau lebih dikenali sebagai Kak Engku dan Chef Rohani Jelani beraksi secara langsung ketika demonstrasi Pada acara-acara sambutan seperti ini, para memasak tersebut.

para tetamu menjangkakan hidangan hebat

manakala anak-anak pula mengimpikan sajian yang sesuai dengan cita rasa mereka. Bila anda seorang selebriti, tekanan untuk menyediakan jamuan Raya yang unik dan lengkap akan menjadi lebih tinggi. “Ini yang membuatkan saya suka kepada Sajian Bijak Raya Kimball kerana ia lain daripada yang lain dengan padanan sajian serta cara ia dihidangkan. Saya amat teruja untuk menghidangkan Ayam Masala Kimball kerana ia menggunakan Sos Spageti Kimball, yang agak unik. Anak-anak, keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang akan ke rumah saya menjangkakan sesuatu yang menggembirakan. Jadi, pada tahun ini saya akan menyediakan hidangan berkualiti bertaraf restoran dan menghidangkannya kepada mereka,” kata beliau.


Sekitar event demo 'Sajian Bijak Raya KIMBALL' bersama Kak Engku

Semua Resepi-resepi Sajian Bijak Raya Kimball dicipta menggunakan produk-produk berkualiti Kimball. Menunya termasuklah gabungan unik Gado- Gado Raya Kimball dan Taufu Sumbat Goreng Kimball sebagai pembuka selera; Nasi Kerabu Goreng Kimball dan Ayam Masala Kimball sebagai hidangan utama, serta Kek Velvet Hitam Kimball sebagai pencuci mulut. Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn. Bhd., Cik Tania Lee, Kimball amat memahami bahawa dengan kos hidup sara yang meningkat, ibu-ibu terpaksa mencari cara lebih efektif bagi memaksima nilai setiap sen yang dibelanjakan dalam persediaan menyambut hari raya. “Kami mencipta resepi-resepi Sajian Bijak Raya Kimball ini untuk membantu ibu-ibu memaksimakan nilai belanjawan mereka. Hanya dengan RM100, mereka mampu menyediakan hidangan Raya yang berkualiti untuk para tetamu. Dengan penjimatan berkenaan, mereka boleh berbelanja lebih untuk persediaan Hari Raya yang lain seperti ‘duit raya’ dan pakaian baharu; perhiasan rumah dan banyak lagi,” kata Tania.

(Dari Kiri) Penulis makanan dan pemaju resipi yang disanjungi, Chef Rohani Jelani, Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Cik Tania Lee dan selebriti tanah air, Raja Azura, memaparkan hidangan yang telah disediakan semasa demonstrasi masakan “Sajian Bijak Raya Kimball

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ‘Sajian Bijak Raya Kimball’ atau pelbagai resepi-resepi Kimball yang mudah, menjimatkan dan ringkas, sila lawati laman web mereka di pautan http://www.kimball.com.my/, atau ikuti laman Facebook di pautan https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini serta maklumat mengenai produk-produk Kimball, selain panduan bagaimana mahu memaksimakan keenakan masakan menggunakan ramuan-ramuan ringkas yang boleh diperolehi di rumah dengan harga yang berpatutan. Selamat mencuba! |MYBuzz





Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page