Jameela Street & Black Box@SACC Mall Rai 40 Anak Yatim Sempena Ramadhan Fest 2017
Kemunculan Aidilfitri yang tiba dapat dirasai kehangatannya dengan suasana membeli-belah di Jameela Street serta acara di Black Box@SACC Mall pada Ramadhan lalu terutama melalui program Ramadhan Fest yang meraikan 40 anak yatim dari Sekolah Rendah Ibn Khaldun dengan majlis berbuka puasa dan pemberian sumbangan cenderahati serta duit raya. Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh penyanyi seperti Zaiton Sameon, Elda Susanti, Thalia Mentor, Nas (KEO), Shaara Ekhnor dan Siti Fairuz
"Sebagai salah satu aktiviti di bulan Ramadhan dan semangat untuk menyumbang semula kepada masyarakat, kami berharap dengan adanya inisiatif berupa tanggungjawab spsial korporat ini dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dapat meninggalkan impak yang besar, bukan sahaja kepada kami, bahkan juga kepada masyarakat", kata Ketua Pegawai Eksekutif PKNS REal Estate SB (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani ketika ditemui pada majlis itu.
Sesi pemberian duit raya kepada 40 pelajar 40 anak yatim dari Sekolah Rendah Ibn Khaldun oleh (kiri) Encik Jedan dan (kanan) Sr Fakhru Radzi Ab. Ghani
Program Ramadhan Fest pada petang itu turut disertakan dengan perasmian dan penutupan Jameela Street By Jedan yang disempurnakan oleh Sr. Fakru Radzi mewakili PKNS selaku pemilik bangunan sekaligus memperkenal dan menaikkan nama ruang acara Black Box di SACC Mall yang diwujudkan oleh PREC bagi menyediakan ruang sewaan untuk pelbagai acara selain dapat memberikan ruang buat penggiat seni untuk menonjolkan bakat mereka.
Ruang sewaan Black Box yang terletak di tingkat 2 SACC Mall memberikan kelainan di dalam pusat membeli belah ini kerana menyediakan 4 pilihan ruang yang berlainan (InBox, OutBox, OpenBox dan Black Hall) kepada pengurus acara khasnya untuk dijadikan salah satu lokasi pilihan untuk acara yang diadakan seperti majlis resepsi pertunangan dan perkahwinan, sesi penggambaran, perasmian produk, pertunjukan fesyen, pelancaran album dan pelbagai lagi yang mana kadar sewaan ditwarkan pada harga serendah RM500 sehari.
"Kami lihat keperluan ruang sewaan pada waktu ini amat diperlukan selaras dengan permintaan semasa yang dilihat sebagai trend dimana orang ramai memilih untuk mengadakan majlis atau acara mereka di lokasi lain selain kediaman, dewan , balai raya dan sebagainya," ujar Sr. Fakru Radzi.
Sementara itu sebanyak 23 jenama telah dipilih untuk mewarnai Jameela Street tahun ini antaranya Ziana Zain World, Jannah By Jemari Kreatif, Iddyqa, Casa De Esilista, Tina K, Anis Al Idrus Wardrobe, Hijrah Couture. Wafa's Closet, Beyoutiful By Irene Catalina, Balqees By Jedan, Kamoora, Herz Secret dan lain lain lagi. |MYBuzz
Untuk pertanyaan lanjut berhubung Black Box@SACC Mall dan Jameela Street, sila hubungi :
Black Box@SACC Mall : 03-55104600 atau (Nirwan) 017-2747486 dan (Saidatul) 010-2252911
Instagram: blackboxsaccmall
Jameela Street : (Arsyad) 019-6829476 dan (Shahidan) 012-2728121
Instagram: Jameela Street