top of page

FILEM: 'SURAT KECIL BUAT TUHAN' SARAT EMOSI

Genre: Drama Bahasa: Indonesia Pengarah: Fajar Bustomi Pelakon: Bunga Citra Lestari, Joe Taslim, Bima Azriel, Izzati Khanza Durasi: 120 minit Klasifikasi: Umum Edaran: GSC Cenimas Tarikh Tayangan: 03 Ogos 2017

Rating: 4/5

OK! Minggu lalu MB sempat menyaksikan tayangan khas filem terbaru Indonesia berjudul 'Surat Kecil Untuk Tuhan' di GSC Wangsawalk, KL serta sesi Meet-N-Greet bersama 2 pelakon utamanya, Bunga Citra Lestari serta Aura Kasih yang dalam rangka lawatan bagi mempromosikan filem ini di Malaysia.


Sesi Meet-N-Greet bersama Bunga Citra Lestari serta Aura Kasih sewaktu tayangan khas filem ini di GSC Wangsawalk, KL minggu lalu

Filem arahan Fajar Bustomi ini membawakan tema yang berat kekeluargaan yang diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Agnes Davonar bercerita mengenai kehidupan gelandangan di kota besar Jakarta, Indonesia. Permainan emosinya terjangkau jauh oleh pelakon cilik, Bima Azriel dan Izzati Khanza bisa membuat airmata bergenang.


Kehebatan filem ini disambung kembali oleh Bunga Citra Lestari (BCL) , dan Joe Taslim yang mengambil peranan Angel dan Anton yang telah menginjak usia. BCL berjaya membawa penonton mendalami perasaan tertekan serta rindu mendalam seorang adik terhadap abangnya yang telah lama hilang. Lakonan Joe Taslim juga tidak mengecewakan sambil cuba mengimbangi perjalanan keseluruhan filem ini.


Runut bunyi filem ini 'Ambilkan Bulan' turut membelai emosi penonton dari mula hingga pengakhiran filem ini. Secara keseluruhan, kesemua pelakon berjaya menghidupkan jalan cerita serta bermain dengan emosi yang cukup berat.


Apa kesudahan filem ini? Kene tonton di GSC. Peringatan supaya penonton membawa tisu lebih dari biasa.


Treler 'Surat Kecil Untuk Tuhan'. Hanya di GSC mulai 3 Ogos 2017

SINOPSIS:

'Surat Kecil Untuk Tuhan' berkisarkan kisah pilu tentang kehidupan kakak beradik yatim piatu, Anton dan Angel di mana keduanya terjebak dalam suatu sindiket yang memanfaatkan kanak-kanak terbiar menjadi pengemis jalanan. Di usia mereka yang terlalu kecil, mereka diperbudak untuk menjadi mesin wang tanpa mengira waktu. Keduanya tidak pernah mengenal zaman indahnya kanak-kanak. Hingga satu peristiwa Angel mengalami kecelakaan jalan raya. Apabila sedar, Angel sudah ditinggalkan seorang diri di rumah sakit. Sejak itu, Angel dan Anton terpisah. Ia tidak pernah tahu lagi dimana keberadaan Abangnya.


15 tahun berlalu. di Sydney, Australia. Berkat keluarga angkatnya yang baik hati, Angel (Bunga Citra Lestari) membesar menjadi perempuan yang cantik dan pandai. Angel berhasil merealisasikan mimpinya menjadi seorang Peguam. Di sana Angel bertemu dengan Martin (Joe Taslim) seorang doktor muda asal Indonesia yang baik hati dan membuatnya jatuh cinta. Hidupnya kini diliputi kebahagiaan. Meskipun demikian, Angel tetap dihantui oleh masa lalunya. Dia tidak pernah bisa berhenti memikirkan Anton.


Di tengah hidupnya yang penuh kebahagiaan dan rencananya untuk menikah dengan Martin, Angel walaubagaimanapun mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta bagi menyelesaikan masa lalunya dan mencari keberadaan sang Abang. Dalam pencariannya itu, Angel kembali menyorot pengalaman hitam yang dilalui bersama abanganya. |MYBuzz


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page