top of page

AIRASIA TAWAR TAMBANG RENDAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS ASEAN

AirAsia menawarkan tambang rendah ke destinasi Asean bagi meraikan ulang tahun ke-50 Pertubuhan ASEAN.

Pertubuhan ASEAN meyambut ulang tahun jubli emasnya pada 8 Ogos dan promosi ini akan bermula mulai hari ini sehingga 13 Ogos 2017. Pelancong boleh memilih destinasi dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan lain-lain dari hanya RM50. (Semua tambang adalah termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan.)


Tempahan boleh dibuat melalui laman web di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai 7 hingga 13 Ogos, 2017 untuk penerbangan antara 7 Ogos, 2017 dan 8 Feb, 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam. AirAsia berkata, ia berbangga menjadi syarikat penerbangan Asean – satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan terus ke semua negara Asean dan beroperasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.


Pas AirAsia Asean


AirAsia turut menawarkan Pas AirAsia Asean yang membolehkan penumpang menikmati penerbangan dalam rantau itu pada kadar tetap dengan tempoh sah penerbangan sehingga 60 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat itu berharap tambang rendah ini akan membolehkan pelancong meneroka lebih banyak wilayah dirantau ini. "Selama 50 tahun, Asean telah memberi inspirasi kepada kami dengan mesej perpaduannya. Sebagai orang Asean, kami mahu memberikan kembali kepada warganya, "katanya. Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini dan aktiviti AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). |MYBuzz




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page