Shinju Pearls Raikan BLOGGER
Pengasas Shinju Pearls, Christina Toh (Baju Hijau) bergambar kenangan bersama dengan Blogger dan Selebriti
Sabtu Lalu, Shinju Pearls Jewels Of The Sea dengan kerjasama MYBUZZ telah menganjurkan Hari Blogger di salah sebuah cawangannya Paradigm Mall, Kelana Jaya.
Terletak di Lot GF-28 di tingkat bawah dengan kehadiran lebih 30 Blogger dijemput dan barisan selebriti seperti Salma 3 Juara, Reyhana Yunus, Ayu Damit, Thalia Mentor, Taty Kumpulan Tops telah menghiburkan tetamu bagi memeriahkan majlis tersebut.
Hari Blogger ini adalah bertujuan memperkenalkan kepada para pelanggan yang sukakan aksesori dimana mereka bukan sahaja hanya sebuah syarikat yang menjual aksesori mutiara semata-mata malah menjual pelbagai barangan aksesori lain seperti batu jed dan sebagainya.
Menggungguli lebih sedekad syarikat barangan kemas aksesori terkenal Shinju Pearls beroperasi sejak 2004 malah kini syarikat terus komited dan kini menawarkan perkhidmatan memulihara barang aksesori lama atau pusaka kepada rupa bentuk yang baharu. Shinju Pearls sentiasa terkenal dengan rekabentuk yang berkualiti, moden dan kontemporari serta harga yang berpatutan ini mengamit pelanggan setia untuk terus membelinya.
"Kami menawarkan perkhidmatan yang sangat peribadi kepada pelanggan yang memerlukan dan mampu memberikan khidmat barang kemas secara profesional dengan lukisan 3D yang menawarkan khidmat seni buatan tanggan halus dengan 925 perak, 9k atau 18k emas dengan pensijilan belian GIA", kata Christina Toh, yang Pengasas/CEO.
"Shinju berharap semoga menjadi salah satu peneraju utama dalam sektor mutiara, permata dan aksesori. Oleh itu, kami akan terus mencetus idea dan menawarkan reka bentuk baharu kepada pelanggan kami, " tambahnya. Nama Shinju berasal dari terjemahan langsung perkataan "pearl" dalam bahasa Jepun, Korea dan Mandarin, dan ia dipilih bagi mengkomersilkan jenama syarikat.
Majlis turut dipertontonkan barang-barang kemas dan aksesori eksklusif dari Shinju Pearls dan rekaan busana dari Jedan Collection. Ia telah digayakan oleh selebriti-selebriti yang hadir. Ia juga bukan sahaja dipakai oleh kaum wanita malah kamu lelaki juga turut sama meminatinya. Ibarat alah membeli memang memakai...
Hari Blogger ini turut dirasmikan secara ekslusif bersama Penyanyi terkenal Dato Zainal Abidin.
Foto-Foto Kenangan Sekitar Hari Blogger Shinju Pearls
Pembaca MYBUZZ yang ingin melihat aksesori-aksesori barangan kemas mutiara ini, bolehlah hadir di semua cawangan-cawangan Shinju Pearls yang terdekat sekitar Lembah Kelang atu boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.shinjupearls.net
Ibu Pejabat
Lot 1, Level 6, Bangunan Bangsaria 45E,
Jalan Maarof, Bangsar
59000 Kuala Lumpur,Malaysia
Pavilion
Lot 4.15.01 4th Floor, Pavilion Kuala Lumpur
No 168, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur
Bangsar Village
Lot 1F-33 First Floor, Bangsar Village II,
No 2, Jalan Telawi Satu,
Bangsar Baru,
59100, Kuala Lumpur
Great Eastern Mall
Lot 1.10 First Floor, Great Eastern Mall
No. 3030, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Bangsar Shopping Centre
F123, First Floor, Bangsar Shopping Centre
285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya
59000 Kuala Lumpur
Paradigm Mall
G-28, Level G, Paradigm Mall
No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor
Sunway Pyramid
G1.25A, Ground Floor
Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway 47500 Selangor
Mid Valley
F-084, 1st Floor, Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Isetan KLCC
Jewellery Department
Isetan Midvalley City
Jewellery Department
MYBUZZ