top of page

Malgudi Sajikan Menu Nasi Lemak Briyani Khas Sempena Hari Merdeka

Anda pernah makan Nasi Lemak Briyani?

Ok sempena Hari Merdeka 2017 Restoran Malgudi citarasa daripada Utara dan Selatan India telah menyajikan sajian enak istimewa Nasi Lemak Briyani.

Rasanya cukup berlainan daripada nasi lemak biasa. Team MYBUZZ telah merasa sendiri keenakannya. Rasa pedas, manis dan rempah ratus yang dibuatnya cukup mengamit kelazatannya serta Ayam Goreng berempahnya sehingga anda menjilat jari.Tambahan pula, Chef didatangkan khas dari India.

Selain daripada itu, Malgudi turut menyajikan masakan khas sempena Hari Kemerdekaan seperti Kufli (Ais Krim Tradisional), Seval Combo (Peria goreng garing) dan Jus Limau Ais.

Hidangan ini disajikan sempena bulan kemerdekaan bermula 31 Ogos 2017 hingga 16 September 2017. Anda boleh datang ke sini pada waktu makan tengahari dan juga makan malam bersama orang tersayang.

Senarai Menu & Harga:

Nasi Lemak Briyani RM19.50

Seval Combo RM16.00

Kufli RM7.50

Jus Limau RM5.00

Selain itu, banyak lagi menu yang disediakan. Sebarang tempahan boleh terus menghubungi Malgudi di talian 03-79312556 atau WhatsApp di 010-2689609.

Untuk info lanjut sila ke:

Instagram: malgudirestaurantpj Facebook: malgudi restaurant Waze: malgudi classic indian cuisine

MYBUZZ

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page