top of page

Terjunan Base Antarabangsa Tarikan Utama Menara KL Saban Tahun

Terjunan Base merupakan sukan ekstrem kepada penerjun-penerjunnya. Sudah lebih 17 tahun penganjurannya, Menara KL sekali lagi pada tahun ini menganjurkan KL Tower International Jump Malaysia 2017 (KLTJIM) akan bermula 29 September hingga 2 Oktober 2017.


Berketinggian 300 meter bertempat KL Tower Sky Deck ini akan menemui peminat sukan ekstrem mulai 29 September hingga 2 Oktober 2017. Ianya akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (terjunan siang) dan 8.00 malam hingga 10.00 malam (terjunan malam).


Terjunan Base ialah acara sukan ekstrem yang melibatkan penggunaan payung terjun untuk membuat lompatan dari objek-objek tertentu. BASE mewakili object yang biasanya digunakan sebagai landasan terjunan, Bangunan, Antenna, Jambatan (Span) dan Bumi (Earth).


Malaysia Book Of Record telah menyenaraikan acara sukan ekstrem Menara KL yang pertama di Malaysia ini pada tahun 1999 lalu ketika sempena Ulangtahun Menara KL ke -3.


Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk menawarkan kepada para penerjun BASE untuk melakukan terjunan dari KL Tower. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat meletakkan Malaysia didalam peta pelancongan antarabangsa sebagai destinasi terbaik untuk aktiviti sukan pelancongan. Acara ini selaras dengan aspirasi KL Tower sebagai destinasi wajib dilawati untuk aktiviti-aktiviti Kebudayaan (Culture), Aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature),” kata Encik Meor Shahril Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, KL Tower semasa sidang media selasa lalu.


“Acara sukan ekstrem yang telah memasuki tahun ke-17 ini akan mempamerkan aksi menarik untuk keseronokan para pengunjung ke KL Tower. Selain itu, tahun ini, keseronokan diteruskan lagi dengan aktiviti sampingan seperti ‘Bag Jump’ dan ‘Flying Fox’. Terdapat juga trak makanan, jualan barangan-barangan KLTIJM 2017 dan banyak lagi untuk menarik para peminat sukan ekstrem dan pengunjung ke KL Tower. Istimewa pada tahun ini adalah pengiktirafan dan pensijilan oleh Malaysia Book of Records yang dibuat oleh KL Tower International Jump Malaysia setakat ini terutamanya pada 2017,” tambah beliau lagi.


Tahun ini, dijangka seramai 120 orang penerjun antarabangsa akan turut serta. Seperti tahun-tahun sebelum ini, penerjun rata-ratanya datang dari negara Australia, Austria, Belgium, Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Ireland, Iran, Jerman, Itali, Jepun, Kuwait, Luxembourg, Mexico, Netherlands, Norway, New Zealand, Rusia, Afrika Selatan, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sekali lagi diteruskan pada pada edisi kali ini iaitu terjunan yang paling mendapat perhatian pengunjung, iaitu terjunan kren. Terjunan ini akan diadakan pada 30 September dan 1 Oktober mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan bersambung pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Seperti biasa, para penerjun akan membuat terjunan dari TH07 (Kepala Menara 7), di ketinggian 312 meter dari paras bumi, sambil menunjukkan aksi-aksi yang jarang kita dapat lihat dimana-mana tempat dan pastinya akan memberikan pengalaman berbeza dan mencabar adrenalin para pengunjung yang menyaksikannya.


Untuk menambah kemeriahan acara tahunan ini, KL Tower ingin menawarkan pakej yang ditunggu-tunggu peminat iaitu ‘Sitting on the Ledge' yang membolehkan kita menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck. Lihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri mereka di awanan dan jangan lupa mengabadikan memori dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur.



Foto Gelagat Peminat ' ‘Sitting on the Ledge'


Setiap pengunjung yang membeli pakej ini akan diberi masa selama 40 minit untuk menyaksikan acara penerjunan secara langsung. Harga tiket adalah RM144.00 bagi pemegang MyKad dan RM177.00 tanpa MyKad. Harga tiket adalah termasuk ‘Sitting on the ledge’ selama 40 minit – 300 meter dari aras bumi, tiket ke Pelantar Pemandangan dan Sky Box, cenderahati eksklusif dari KL Tower, cenderahati gambar 6R dan T-Shirt Base Jump edisi terhad.


Foto-Foto Para Penerjun Base di Menara KL


''Setiap kali saya ingin membuat penerjunan saya tetap akan ada perasaan gentar tetapi dengan latihan penerjunan yang kerap diadakan, ia membuat saya lebih yakin dan sentiasa bersedia melakukannya'', Ujar Penerjun Muda Haziq Azlan, 29 tahun yang mewakili Malaysia dalam acara Menara KL Terjunan Base Antarabangsa Malaysia 2017 hujung September nanti.


Acara KLTIJM tahun ini disokong oleh Movie Animation Park Studio (MAPS) sebagai penaja utama dan rakan acara lain yang turut menyokong adalah Ministry of Tourism and Culture (MOTAC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Kuala Lumpur Tourism Bureau (KLTB), Tourism Malaysia, Malaysia Tourism Centre (MATIC), Fire and Rescue Department of Malaysia (BOMBA), Royal Malaysia Police, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Honda, Maxx, Ranger, 2Cents, Atmosphere 360, FAMA dan Oishi.

Galeri Foto ketika Sidang Media di Menara KL


MYBUZZ

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page