BEG KEMBARA REKAAN ANNA SUI EKSKLUSIF UNTUK PELANGGAN GUARDIAN MALAYSIA!
Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Anna Sui untuk sebuah koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggan kami!
Koleksi Bagasi Anna Sui, yang terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu kes pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa di bawah program kesetiaan terbaru yang bermula esok.
“Kami memlilih untuk bekerjasama dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua-dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami. Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspirasi pada harga yang berpatutan ke pasaran umum.” Ujar Ms. Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd semasa majlis pelancaran program di Ibu Kota baru-baru ini.
Menurut Christina, Anna Sui berkata koleksi bagasi itu diilhamkan oleh minyak wangi, rama-rama dan bunga ros dan warna-warna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren, tetapi setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjaya beliau.
Kisah di sebalik rekaan-rekaan tersebut, seperti yang diceritakan oleh Anna:
Beg troli 24-inci: “Coraknya datang daripada sehelai tuala teh moden abad pertengahan, yang bertemakan kuartet kedai gunting rambut. Ia pada asalnya muncul dalam koleksi Musim Luruh 2012 saya, yang diilhamkan oleh karya Charles dan Ray Eames, dan koleksi Folk Art Americana mereka. Kami menyesuaikannya coraknya dengan slogan Anna Sui, botol minyak wangi dan tiub gincu!”
Beg troli 20-inci: “Corak rama-rama itu adalah daripada gaun-gaun koleksi Musim Bunga 2009 saya. Warna-warna corak asal agak sama dengan yang terdapat pada bagasi ini. Beberapa rama-rama telah digantikan dengan botol-botol wangian Romantica saya!”
Beg Tote: “Rekaan berbirai ros berjalur itu pada asalnya berwarna hitam dan putih, dengan bunga berwarna merah untuk sehelai gaun dalam koleksi Musim Bunga 2007 saya. Ia masih menjadi corak Anna Sui yang paling ikonik. Gambar gaun tersebut telah menghiasi muka depan buku terbaru saya, The World of Anna Sui.”
Kes Pereka: “Coraknya datang daripada himpunan pelbagai kotak kosmetik Anna Sui selama bertahun-tahun.”
Bukan itu sahaja. Guardian menawarkan dua wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangkan dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, kedua-duanya berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.
“Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, kami sentiasa membawakan tawaran-tawaran produk kesihatan dan kecantikan yang segar dan sentiasa mencari kempen-kempen kreatif yang bersesuaian dengan perniagaan demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami'' Kata Christina lagi.
“Kerjasama eksklusif dengan Anna Sui ini, kami percaya ia adalah cara yang tepat untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan setia kami. Rekaan dan koleksi beliau sama ada fesyen atau minyak wangi, sememangnya dicari dan digermari oleh ramai wanita.”
“Kami yakin koleksi bagasi ini akan menerima sambutan yang hebat oleh para pelanggan kami,” tambah beliau.
CARA-CARA PENEBUSAN:
Untuk setiap pembelian RM20, pelanggan akan menerima sekeping setem. Sekeping setem tambahan akan diberikan jika pembelian tersebut mengandungi salah satu daripada 33 jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama tersebut adalah: Bio-essence, Dettol, Dove, Maybelline, Nivea dan Pantene.
Pelanggan perlu mengumpul 10 keping setem untuk menebus satu barangan pada harga diskaun. Harga potongan untuk empat barangan ini adalah:
Beg troli 24-inci pada harga RM159.90 (berbanding harga jualan RM399);
Beg troli 20-inci pada harga RM129.90 (berbanding harga jualan RM199);
Beg tote pada harga RM69.90 (berbanding harga jualan RM129);
Kes pereka pada harga RM59.90 (berbanding harga jualan RM99).
Setem-setem akan dikeluarkan bermula pada 28 September 2017.
Penebusan pula akan bermula pada 26 Oktober dan berakhir pada 31 Disember 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my