top of page

Siapa DIA?


JUDUL : DIA EPISOD : 60 episod TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017 HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif) SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd PELAKON : Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Syaffiq Sahli

PERANAN: Irwansyah sebagai Aidit Janna Nick sebagai Aira Izara Aishah sebagai Emelda Adi Putra sebagai Zaid Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha Kevin Andrean sebagai Mika Juliana Moechtar sebagai Zelma Aleza Shadan sebagai Fatimah Zamarul Hisham sebagai Hafiz Emma Maembong sebagai Tina Farouk Hussain sebagai Pak Hashim

Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Milah

 

MENGENAL CINTA, MENGEJAR BAHAGIA, MENCARI SI DIA

Penantian kemunculan telenovela "Dia" bakal berakhir! Buat julung kalinya, TV3 menggabungkan bakat-bakat hebat dari dua buah negara seperti Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah dan Adi Putra untuk menjayakan sebuah telenovela berjudul “Dia” yang bakal ditayangkan bermula 14 Oktober 2017. Siri 60 episod ini menyaksikan gandingan harmoni kru produksi dari Malaysia dan Indonesia, di mana 20 hingga 30 peratus penggambaran drama bersiri ini telah dijalankan di Jakarta.


Di tanah air, drama ini merupakan arahan saudara Eoon Shuhaini di bawah terbitan OrangeTree Production Sdn. Bhd., manakala di negara jiran pula, pengarahan drama ini dilakukan oleh sutradara Omar Olly Alaydrus dari Limelight Pictures.


Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, “Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak OrangeTree Production Sdn. Bhd. dan Limelight Pictures kerana bekerjasama untuk menjayakan penggambaran drama ini yang telah mengambil masa selama 6 bulan. Alhamdulillah, penggambaran untuk drama ini berlangsung dengan lancar sekali.”


“Ini merupakan kali pertama TV3 berkolaborasi dengan syarikat produksi dari Indonesia untuk menghasilkan drama istimewa berjudul Dia. Sudah pastinya ramai peminat merindui lakonan hebat Pencinta Wanita dari seberang iaitu Irwansyah, yang sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen. Kisah cinta tiga segi yang mempertaruhkan nama-nama besar seperti Janna Nick, Izara Aishah dan Adi Putra bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton, malahan kami yakin telenovela ini juga mampu membeli jiwa peminat drama Malaysia. Jadi, Dia merupakan buah tangan daripada TV3 yang tidak harus anda ketinggalan!”


Lebih menarik lagi, bagi penggemar novel dan puisi, anda boleh dapatkan novel Dia hasil nukilan novelis terbaik Anugerah Buku Negara 2017, Umie Nadzimah, dan juga buku Dia & Cinta yang merupakan kompilasi ayat-ayat cinta ditulis oleh Fedtri Yahya.


Seiring dengan sidang media Dia, novel dan buku yang diterbitkan oleh Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. ini boleh didapati di kedai buku MPH dan Popular di Pusat Beli Belah One Utama pada hari ini sebelum dipasarkan di seluruh Malaysia pada hujung bulan Oktober.


Demam Dia dirancakkan lagi dengan kolaborasi TV3 dengan Tealive, untuk memperkenalkan dua minuman istimewa yang diilhamkan daripada drama ini iaitu “Aku” dan “Dia”. Kedua-dua minuman ini boleh dinikmati oleh peminat telenovela Dia di 112 buah cawangan Tealive di seluruh Malaysia mulai 14 Oktober ini.


Penuh dengan kisah cinta dan konflik, drama bersiri ini akan bertemu dengan para penonton di kaca televisyen pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam dan akan bersiaran selama satu jam. Dia turut dibintangi oleh nama-nama besar lain dalam industri seni Malaysia dan Indonesia seperti Zamarul Hisham, Aleza Shadan, adik Sandrinna Michelle Skornicki, Emma Maembong, Kevin Andrean, Billy Boedjanger, Cahya Kamila, Fazlina Ahmad Daud, Farouk Hussain dan ramai lagi.


SINOPSIS


Dia berkisar tentang Adit (Irwansyah) yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.


Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodoh antara pasangan suami isteri ini tidak bertahan lama apabila Emelda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung yang diberi nama Icha Aulia (adik Sandrinna Michelle Skornicki).


Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira.


Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya? Jangan lupa untuk menyaksikan kisah cinta bersegi antara Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah dan juga Adi Putra dalam drama Dia bermula 14 Oktober ini, pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam hanya di TV3! |MYBuzz!



Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page