AMYRA ROSLI SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SULUNG
Tidak ada yang paling menggembirakan pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli apabila Amiyr selamat melahirkan bayi sulung mereka hari ini kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada hari ini secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Kedua-dua pasangan itu melahirkan rasa syukur mereka serta terima kasih dengan perkongsian di akaun instagram mereka berdua hari ini.
Menerusi perkongsian Amira di akaun instagramnya beliau menzahirkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki mereka.
"Aku mohon perlindungan untukmu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yang menakutkan. Amin.. Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami'.
Sementara itu Amar juga turut melahirkan kegembiraan kerana kedua dua ibu dan anaknya berada dalam keadaan selamat.
Perkongsian Amar di akaun Instagramnya menerima lebih 80 ribu Likes sehingga jam 8 malam tadi. Kapsyen yang dikongdikan merupkan terjemahan ayat suci Al-Quran yang dipetik dari Surah Ali 'Imran, Ayat :38.
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anal yang baik. SesungguhnyaEngkau Maha Pendengar Doa".
Tahniah MB ucapkan kepada Amar & Amyra. Semoga senetiasa diberkati Allah hendaknya.|MYBUZZ!