top of page

10 BLOGGER TERJAH LOKASI PENGGAMBARAN 'THE HAUNTED HOTEL'

Haaa!!! Macam mana? Korang dah pegi tonton filem The Haunted Hotel? Pada yang masih belum masih ada masa untuk pergi ke panggung untuk menonton filem ini. Mana tidaknya, filem ini sehingga kini telah berjaya membuat kutipan 'box-office' di China sebanyak RM11 juta. Sementara itu di Malaysia pula filem ini berjaya mengutip RM1 juta dalam masa 1 minggu seiring sambutan Holloween di Malaysia.

CERITA AMBER COURT

Foto Hadapan Amber Court

Kami bermula sekitar jam 5.00 petang di LRT Gombak sebagai tempat berkumpul. Pada jam 5.15 petang kami sedia bertolak ke Amber Court dengan menaiki sebuah Van. Sepanjang perjalanan kami bersama kru produksi filem HH, beliau telah menceritakan pengalaman dimana pelbagai kejadian aneh semasa sesi penggambaran. Ini membuat kami lagi berasa gundah gelana dimana katenya ada kru diggangu, pintu bilik yang berkunci boleh terbuka sendiri.....ishhhhh membuatkan kami seriau dan tegak bulu roma mendengarnya. Sebelum itu lagi ada juga blogger yang menarik diri disaat-saat akhir dan ada blogger juga tidak ditemani oleh pasangan kerana takut dan tidak sedia kata mereka....ermmmmm takpela kami gagah dan cuba memberani kan diri kannn...




Kami Dah Sampaiiiiiii...


Kami sampai lebih kurang jam 6.20 petang dan keadaan yang sangat berangin sejuk dan agak suram seketika kerana hampir senja...macam-macam perasaan dan bayangan dalam fikiran kami....dapat merasakan sesuatu yang ishhhhh......setibanya juga kami melihat ramai pekerja-pekerja asing yang bekerja di puncak GH ni...biarkan sahaja..kemungkinan mereka sudah biasa atau tidak tau tentang apa2 kewujudan sesuatu di apartment tersebut..




Korang lihat sendiri..ada brannnnnss tak nieee..


Mengikut sumber yang MB baca di internet, Amber Court dibina dan dijual secara freehold. Terdapat 2 blok utama dan setiap lantai terdapat 12 unit kediaman yang terdiri dari studiohouse serta penthouse. Rata-rata pembeli membeli unit unit ini untuk dijadikan sebagai homestay atau rumah rehat hujung minggu. Mana tidaknya dengan lokasi yang berhampiran dengan Taman Tema Genting (Genting Theme Park) serta pemandangan yang indah diwaktu pagi sudah pasti unit unit di Amber Court menjadi pilihan pembeli hartanah utama.


Populariti Amber Court yang meningkat mula pudar apabila pemilik mula menjual unit unit mereka satu persatu. 'Kemelesetan' nya ditambah lagi apabila muncul cerita yang mengatakan lokasi ini amat popular sebagai lokasi bunuh diri oleh individu serta pelancong yang kalah judi di kasino yang terletak di GTH serta penampakan entiti di sekitar Amber Court. Lama kelamaan Amber Court dibiar tanpa penjagaan dan terabai.


Awal tahun lalu, Amber Court kembali meriah dengan pendatang asing dari seantero Asean, India, Nepal serta Pakistan lantaran projek Fox Studio Genting Highland yang kini sedang rancak dalam pembinaan. MB terkejut campur kagum apabila melihat beberapa premis perniagaan di dalam Amber Court dijadikan restoran, butik dan 'supermarket' oleh peniaga asing ini. Bayangkan disini anda boleh mendapatkan 'satay madura' dibakar panas, bakso, kebab, roti naan dan sebagainya. Disini kami temukan banyak 'hantu makanan'!


CABARAN SIAPA PALING BERANI?



Cabaran The Haunted Hotel | Siapa Paling Berani?

Setelah urusan daftar masuk, kumpulan blogger dibawa ke unit kediaman masing-masing. Ada blogger yang mendapat unit berseorangan ada yang berkongsi. Tanggapan kami meleset apabila unit kediaman yang dijadikan hotel kelihatan mewah. Tidak seperti keadaaan diluar Amber Court yang berlumut, usang dan seram. Kemasan kayu dan hiasan dalaman setiap unit tidak lansung menimbulkan rasa seram.




Jom Menginap sini nak hehehe....


Tepat jam 10 malam selepas menikmati makan malam. Abg Sam bersama JY, wakil dari LOMO Pictures membawa kami ke setiap lokasi dimana penggambaran babak dalam filem THH dijalankan. Sayang sekali unit dimana babak terjun dari balkoni tidak dapat kami dekati kerana unit tersebut terkunci rapi. Kami juga dibawa ke sebuah unit yang dikatakan keras.




Nampak tak pintu hujung kanan yang ada Grill tu la bilik sekeluarga bunuh diri dan tak semena-semena dijadikan bilk sidang media katanye....


Kata JY , ada kisah benar berlaku dimana terdapat 7 sekeluarga membunuh diri diunit berkenaan. Semua gara-gara kalah judi. Sesekali di unit berkenaan terasa seperti ada yang memerhati aktiviti kami ketika itu. Seram....


JY kemudian membawa kami semua ke tingkat 2 dimana penggambaran babak dalam tandas hospital dijalankan. Sebelum menghampiri lokasi berkenaan kumpulan kami terserempak dengan sekumpulan 'gadis ayu' yang melambai dengan penuh senyuman manis. MB tak sanggup tengok lalu memaling muka.


Seterusnya JY membawa kami ke lantai tempat parkir kereta yang telah ditutup sepenuhnya. Menurut JY kawasan parkir disitu ditutup oleh pengurusan Amber Court kerana sering terdapat penampakan entiti yang dilaporkan oleh pekerja asing disitu. Disitu cabaran Siapa Paling Berani bermula....


Tangga : Babak Hantu Perempuan Pegang Kepala

Laman Bawah : Babak Perempuan Jatuh bunuh diri

Tandas : Babak Tandas Hospital

Kawasan Parkir Basement 1

Babak Pintu Bilik 1174

Babak Di Tangga

Setiap gambar di atas ada dalam trailer filem ini.



Wakil setiap blog diminta untuk mencari botol minyak wangi yang ditinggalkan dalam bilik bilik kecil yang ada disitu. Terdapat lebih dari 10 buah bilik kecil yang ditinggalkan dan dengan hanya berbekalkan lampu dari smartphone, kami diminta untuk merakamkan pencarian kami. Didalam setiap bilik ada tandas dan pintunya tertutup. Perasaan takut mula timbul apabila kami terpaksa menguak setiap pintu tandas tersebut. 'Kecut' dan perasan bimbang mula mengusai diri, risau ada 'entiti' disebalik pintu. Sesekali terdengar bunyi pintu dihempas kuat, barang jatuh ke lantai serta perabut yang diseret... Aduhh!!!!


Para Blogger Mempersiapkan Diri Memasuki Lorong Gelap

Abg Sam sedang memberikan taklimat ringkas mengenai Cabaran Paling Berani

Ehh siapa pulak tuhhhhh.......Nilah lorong gelap tuhh... Banyak bilik dan tandas di dalamnya...kalo salah cari lain pulak yang terjumpa..huhuhu


Cubaan pertama semua blogger mencari botol berkenaan dalam masa 1 minit gagal. Dalam cubaan kedua, semua blogger diberi tempoh 2 minit untuk mencari botol berkenaan. Namun semuanya tidak berjaya. Kata Abg Sam botol tersebut nampak dengan jelas sebab ia tidak disorokkan. Ternyata dengan perasaan yang teramat takut kami semua tidak dapat jumpa botol tersebut.


Sebelum cubaan ketiga bermula, Abg Sam terpaksa menunjukkan rupa bentuk botol berkenaan untuk pemahaman semua blogger. Naahh kali ini nyata tidak sia-sia kerana blogger MB, Abg Cyrill tu berjaya menjadi peserta pertama yang menemui botol tersebut dalam tempoh 1 minit. Di ikuti oleh para blogger yang lain. Cabaran tamat menjelang tengah malam.


AKTIVITI PARANORMAL


Selesai aktiviti, kami terus ke unit penginapan. Sebelum tidur wajib bersihkan diri. Almaklumlah dah bergelumang kak tempat macam tu, takut ada yang mengikut. Sekitar 1 pagi tidak terasapun adanya gangguan sehingga Abg Cyrill tertidur....


Nah kami belanja sikit keesokkan pagi yang teramat sejuk dan damai di Amber Court.



Sejuknya suasana pagi yang berkabus....taknak pulang rasanye heheheh


Sebelum pulang, kesemua blogger yang menang pada malam tersebut dihadiahkan satu unit telefon pintar jenama VC, Model Violet II.


Abg Cyrill (Kanan) terima sebuah smartphone daripada Abg Sam (Kiri) yang mewakili Lomo Pictures


Foto kenangan bersama rakan-rakan blogger yang lain


Sehingga artikel ini disiarkan, hasil kutipan filem 'The Haunted Hotel' di Malaysia sahaja adalah sebanyak RM1.3 juta. Sementara itu di China , filem ini berjaya membuat kutipan sehingga RM11 juta. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk filem tempatan. Filem ini bakal ditayangkan di Thailand dan juga Taiwan. Apapun MB ingin mengucapkan tahniah kepada LOMO Pictures. Semoga filem ini terus sukses |MYBUZZ








Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

photo_2018-08-14_16-44-22.jpg

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

photo_2018-08-14_16-46-18.jpg

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.

bottom of page