top of page

10 Pemenang WAHM Guardian Malaysia Bawa Pulang RM50,000 Setiap Seorang

Wajah 10 orang pemenang Win a Home Makeover (WAHM) Guardian telah berentap dalam pertandingan akhir yang bercorak realiti telah membawa pulang pakej hias semula kediaman bernilai RM50,000 setiap seorang.

Dari kiri: Johnny Tan, Wendy Tan, Chua Boon Chuan, Mohamad Kharul Anuar, Jeevarajah Ratnarajah, Pan Kee Ming, Norul Athirah, Melanie Elvyne, Linna Chin dan Md Fairus Kamarudin.

Setiap pakej adalah beserta pengubahsuaian dalaman bagi ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama, serta peralatan elektrik daripada Kuvings.


Pada pertandingan akhir juga , seramai 50 orang finalist telah dipilih daripada lebih satu juta penyertaan yang diterima untuk peraduan WAHM, yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun Guardian Malaysia yang ke-50. Peraduan tersebut yang telah berlansung dari 6 Julai sehingga 7 September lalu, adalah anjuran bersama Guardian Malaysia dan Petron Malaysia.


“Kami ingin memberikan hadiah yang bermakna kepada para pelanggan kami di atas sokongan dan kesetiaan yang mereka berikan selama 50 tahun lalu.” Kata Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Ms. Christina Low.


Christina turut berkata bahawa dengan kerjasama Petron, ia memudahkan pelanggan untuk menyertai peraduan itu. Pembelian minimum RM10 di mana-mana stor atau e-stor Guardian melayakkan mereka untuk mendapat satu penyertaan. Begitu juga dengan ahli-ahli P Miles yang mengisi petrol minimum RM10 dalam satu resit, secara automatik mereka layak untuk mendapat satu penyertaan.

“Saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa peraduan ini adalah sebuah kejayaan yang besar. Guardian dan Petron telah menerima lebih satu juta penyertaan dari seluruh negara dalam tempoh yang cukup singkat iaitu dua bulan!” tambah beliau lagi.


Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Faridah Ali berkata: “Kerjasama dengan Guardian ini memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghias semula dan memperbaharui kediaman mereka. Dalam usaha kami untuk terus menghargai sokongan pelanggan, kami kekal komited dalam menawarkan lebih nilai apabila mereka mengisi minyak di Petron''


'Menerusi program Petron Miles, kami dapat memberi lebih penjimatan, lebih ganjaran dan yang paling penting, pengalaman ‘Fuel Happy’ kepada pelanggan Guardian dan Petron,” tambah beliau.


Ia juga menjadi matlamat kami untuk memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dikalangan para pelanggan di samping menjadikan ini satu momen yang akan diingati oleh semua peserta.


Foto-Foto Aktivit-Aktiviti Yang Mencabar Kreativiti Serta Minda Peserta

Untuk 40 finalis lain, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sepuluh pemenang tempat pertama menerima petrol percuma untuk setahun daripada Petron, bernilai RM4,000 setiap seorang. Sepuluh pemenang tempat kedua menerima baucar Guardian bernilai RM2,000 setiap seorang dan 20 yang lain menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000 setiap seorang.


MB ucapkan tahniah kepada semua pemenang!!!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page