top of page

Dr Sheikh Muszaphar Semai 'Impian Besar' Bersama Appeton

Dr Sheikh Muszapar menandatangani poster Appeton


Kanak-kanak merupakan aset berharga sebagai penerus generasi akan datang, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar kini menjadi Duta jenama Appeton ingin menggalakkan kanak-kanak untuk memiliki Impian Besar dan menggapai bintang.


Datuk Wira Abu Bakar Menerima Cenderamata Daripada Mr Cheah

Appeton melancarkan rangkaian ‘A-Z Vitamin C' dengan pembungkusan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah di Pusat Membeli-belah One Utama baru-baru ini.



Ketika Sesi Simbolik pelancaran Rasmi rangkaian ‘A-Z Vitamin C' Appeton



Ini adalah 'idea besar' yang mendorong Appeton untuk bekerjasama dengan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Sebagai yang pertama, dan pada masa ini, satu-satunya angkasawan Malaysia yang berjaya terbang di angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap yang terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton - beliau telah bekerja keras untuk menjadi seorang doktor, tanpa melepaskan impiannya untuk menjadi seorang angkasawan.


'Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang peneraju yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang melalui semangat, keazaman dan inovasi berterusannya, tanpa mengorbankan pendirian asas beliau. Kami mahu meneroka sejarah latar belakangnya, dan juga pencapaiannya, untuk menggerakkan mesej kami ke pelanggan teras kami, dan inilah pencetus kolaborasi kami,” kata Cheah Ming Loong, Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma.


Sebagai sebahagian daripada Kempen Impian Besar Appeton, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan dua orang anak perempuannya, dipaparkan dalam iklan televisyen dan papan iklan 'Dream Big' Appeton di sepanjang beberapa lebuhraya terpilih di seluruh Malaysia. Satu pepotong beliau dalam sut angkasa lepas juga akan menyambut pengguna di farmasi-farmasi utama di seluruh negara.


Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkata, 'Saya telah mengenali jenama Appeton sejak dari dulu lagi. Mereka terkenal kerana memperjuangkan kesihatan kanak-kanak; dan sebagai seorang doktor, kesihatan adalah teras kerjaya saya, dan oleh itu, ia dekat dengan hati saya''


Sebagai seorang bapa kepada dua anak perempuan, dan sekarang, anak lelaki kembar, saya berusaha sebaik mungkin untuk memastikan anak-anak saya kekal sihat dan dilindungi, supaya mereka dapat keluar dan mengenali segala perkara yang ditawarkan oleh dunia. Maka, apabila Appeton berbincang dengan saya mengenai kempen ini, saya telah melihat sinerginya secara serta-merta dan terus berkata ya. Hakikatnya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka - saya berharap bahawa penglibatan saya dalam Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘Memiliki Impian Besar', dan mengingatkan ibu bapa untuk memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi, agar mereka dapat mencapai bintang-bintang.' Ujar Sheikh Muszaphar lagi.


Sesi Dialog Bersama Dr Sheikh Muszaphar

Dalam persekitaran perniagaan penjagaan kesihatan hari ini, dengan peningkatan berterusan dari segi persaingan dan perubahan yang semakin pesat, Appeton tetap teguh dalam usaha memenuhi permintaan untuk produk penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang kompetitif. Mengaplikasikan kombinasi unik kepakaran serta penyelesaian industri dengan konsep yang betul, Appeton terus berusaha untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada semua.


Rangkaian 'A-Z Vitamin C' Appeton boleh didapati di farmasi-farmasi utama dan kedai perubatan Cina di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Appeton, sila layari www.appeton.com MYBUZZ

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page