top of page

FATTAH AMIN & FAZURA KECEWA BERITA HUBUNGAN MEREKA DICANANG-CANANG SEMASA BERADA DI TANAH SUCI


Fazura & Fattah Amin


Desas-desus tentang status hubungan Fattah Amin dan Fazura akhirnya terungkai apabila mereka sendiri mengumumkan bahawa telahpun sah bertunang pada 13 November 2017 semasa sidang media khas yang dilangsungkan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur lewat petang semalam.


Sebelum itu hubungan mereka berdua telah mencetuskan teka-teki kepada ramai pihak sama ada peminat mahupun pihak media kerana dikatakan mengadakan majlis pernikahan secara tertutup pada malam sebelum berangkat dan dikatakan juga bernikah semasa mengerjakan umrah bersama-sama ahli keluarga masing-masing pada tanggal 15 November 2017 lalu.


Mari kita sama-sama saksikan dan dengar pengakuan yang dibuat oleh pasangan selebriti popular ini sendiri ketika sidang media khas semalam..




Mereka juga lahirkan rasa dukacita dan merasakan banyak khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya dicanang-canang di dalam media massa semasa mereka berada di Tanah Suci yang boleh menyebabkan perasaan kurang senang terhadap keluarga masing-masing dan menganggap perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi dan berharap semua pihak boleh menghormati keputusan tersebut.

















Fazura, 34 tahun dan Fattah Amin, 27 tahun sepakat memutuskan perkara ini setelah mereka berdua mengenali hati dan diri di antara satu sama lain.


Kini, mereka sedang dalam proses permohonan pernikahan dan pada masa yang sama akan menghadiri kursus perkahwinan dalam masa terdekat.


Keluarga kedua-dua belah pihak telah mencapai kata putus untuk mengadakan sesi pernikahan secara tertutup dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.


Majlis pernikahan dijangka tidak lama dan resepsi juga dijangka pada awal tahun hadapan kerana sedang dalam persediaan berikutan jadual kerja kedua-dua mereka yang padat.


Pihak Pengurusan pasangan selebriti popular ini akan memaklumkan kepada pihak media setelah tarikh-tarikh berkenaan dimuktamadkan.


MYBUZZ ucapkan tahniah di atas pertunangan anda berdua. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t aminn.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page