top of page

Shopee Raikan Ulangtahun Ke-2 dengan Pelbagai Promosi Atas Lebih 6 Juta Produk


Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan meraikan ulangtahun ke-2 dengan pelbagai promosi atas Iebih 6 juta produk. Merupakan sebahagian daripada sambutan tersebut, Shopee akan menganjurkan jualan murah sempena hari lahir dari 1 hingga 14 Disember. Dengan aktiviti pra-pemasaran temasuk iklan televisyen pertama Shopee Malaysia, papan tanda digital dan iklan kereta api jenis ‘wrap’ yang menelan belanja lebih RM30 juta, Shopee Malaysia berharap supaya rakyat Malaysia dari pelusuk negara akan menyertai sambutan mega sempena hari lahir ini.

“Perjalanan selama dua (2) tahun ini merupakan satu (1) pengalaman yang mengujakan buat Shopee sejak pertama kali dilancarkan. Kami amat berterima kasih kepada pengguna kami, pembeli dan usahawan yang telah menunjukkan sokongan berterusan terhadap Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.(gambar) “Berikutan kejayaan Jualan Murah Super Shopee 11.11 yang merekodkan jumlah tempahan 2.5 juta dan jualan kira-kira 7 juta produk, kami bawakan pula jualan murah sempena hari lahir yang membariskan pelbagai promosi dan tawaran menarik yang menjanjikan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang lebih menyeronokkan dan mengujakan”.

Promosi Hari Lahir Untuk Semua

Dari 1 hingga 12 Disember, pelanggan pasti ternanti-nanti akan jualan kilat Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari, Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan peibagai iagi promosi yang mengujakan. Rakan rasmi termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis. B infinite, FPX. and Photobook akan menyeitai sambutan tersebut dengan promosi ekskiusif tersendiri untuk pengguna Shopee. Promosi kemuncak termasuklah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite. Pelbagai hadiah menarik juga menanti termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM 1 5.000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Pengguna hanya perlu membeianjakan sekurang-kurangnya RM100 sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini. Pertandingan Media Sosial Untuk merancakkan Iagi jualan sempena Ulangtahun Shopee, Shopee akan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember. Pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing. Selain itu, Shopee turut menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017. Pengguna boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee di Instagram mereka dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir yang sedang berlansung dari 21 November hingga 12 Disember 2017

“2017 merupakan tahun yang hebat bagi Shopee. Kami akan terus menumpukan perhatian untuk melaksanakan inovasi atas platform kami dan mempelbagaikan rangkaian produk kami pada masa akan datang. Kami akan terus komited untuk membantu jenama dan usahawan tempatan untuk berkembang dan terus berusaha untuk merentas sempadan eDagang untuk menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah dalam talian yang terkemuka di rantau ini,” kata Ho, mengakhiri kenyataannya. Raikan Ulangtahun Shopee yang ke-2 bersama kami. Untuk maklumat lanjut, Iayari www.shopee.com.my/birthday. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platfonnnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan dl rantau Ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan keoergasan. Shopee mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. |MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page