top of page

BAIKI TELEFON PINTAR ANDA DENGAN APLIKASI COVER

Aplikasi memperbaiki kerosakan telefon pintar, tanpa berbelanja besar.

COVER IT Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi telefon pintar baru, COVER hari ini dalam majlis pelancaran dan prebiu media minggu lalu bertempat di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral.


COVER merupakan sebuah aplikasi inovatif berasaskan penetapan pelan untuk memperbaiki telefon pintar. Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan kemudahan untuk membaiki kerosakan tidak sengaja telefon pintar dan menawarkan penjimatan kos yang ketara.


COVER, aplikasi yang dapat membantu anda membaiki telefon pintar tanpa perbelanjaan yang tinggi dan yang lebih penting lagi ia dapat digunakan dengan cara yang sangat mudah. Ia membantu pengguna menjimatkan wang, masa dan tenaga. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi ini dan melanggan pelan pembaikpulih yang melindungi telefon pintar anda.


COVER menawarkan pelan pembaikpulih selama 6 bulan dengan harga hanya RM90. Itu serendah 50 Sen sehari untuk memberi kemudahan dan kelancaran.

Oleh kerana COVER merupakan aplikasi, semua yang anda perlukan untuk membaiki telefon pintar boleh diakses melalui aplikasi ini. Aplikasi ini menyediakan bantuan 24/7 sebaik sahaja anda melanggan. Sekiranya anda ada mengalami salah satu dari 10 jenis kerosakan yang dilindungi oleh aplikasi ini, anda hanya perlu menfailkan laporan atau mengemukakan pertanyaan melalui aplikasi COVER.


Anda kemudian akan dirujuk kepada ejen terdekat untuk memperbaiki telefon pintar yang rosak. Ejen COVER berada di lokasi sekitar Lembah Klang.

Apabila anda melanggan COVER, anda akan menikmati perlindungan untuk 10 jenis kerosakan akibat kemalangan.


  • Skrin Retak

  • Kerosakan Skrin Sentuh

  • Kerosakan Kamera

  • Kegagalan Bateri

  • Kegagalan Butang Halaman Utama

  • Kegagalan Port Pengecasan

  • Kerosakan Pembesar Suara

  • Kegagalan Mikrofon

  • Bicu Fon Kepala

  • Kegagalan Butang Bunyi


Aplikasi COVER merupakan cetusan idea dari Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas COVER IT Sdn Bhd, Muhamad Zaid Samsuri. Sebagai pengguna telefon pintar, beliau telah mendapat ilham untuk membangunkan pelan pembaikpulih telefon pintar melalui aplikasi mudah alih selepas beliau mengalami kos pembaikan yang tinggi, masa menunggu yang lama dan kekurangan ejen pembaikan yang boleh dipercayai apabila telefon pintar beliau mengalami kerosakan.

Menurut Zaid, objektif COVER ialah untuk memberi pengguna telefon pintar aplikasi mesra pengguna dan pelan pembaikpulih yang mampu dimiliki seraya membantu mereka menjimatkan wang dalam jangka panjang terutama dalam landskap ekonomi yang tidak menentu sekarang.



COVER kini dipasarkan di Lembah Klang dan boleh didapati di seluruh negara tidak lama lagi. COVER sekarang tersedia untuk dimuat turun Google Play dan Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut tentang COVER, sila layari www.cover4u.com.my atau ikuti kami di Facebook dan instagram pada cover4uMy.

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page