top of page

‘Makrifat Cinta’ Filem Inspirasi Kisah Benar Angkat Tema Kepayahan Hidup, Cinta Dan Pengkhianatan




Filem Makrifat Cinta diilhamkan dari sebuah kisah benar dibintangi Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Makrifat Cinta berdasarkan tentang cinta dan kesusahan hidup ditempuhi oleh Mahathir yang berasal dari sebuah kampung sebelum menjadi seorang jutawan segera dengan membina sebuah apllikasi yang dijual dengan harga berjutaan ringgit.




Sebagai rangka promosi filem yang diterbitkan oleh Dhananwood Films Sdn Bhd dan diedarkan oleh TSR Films Sdn Bhd ini, satu majlis prebiu trailer filem ini bersama pihak media telah diadakan pada 13/12/2017 di TSR CINEMAX, IRDKL MALL, Shah Alam. Filem Makrifat Cinta akan mula ditayangkan dipawagam seluruh negara mulai 1 Februari 2018.


Beberapa fakta menarik mengenai filem Makrifat Cinta yang dijelaskan oleh Pengarah filem ini saudara Kamal G antaranya ialah;


i.Pelancaran prebiu trailer filem yang pertama.

ii.Menggunakan teknologi 3D dalam warna.

iii.Menggunakan latar belakang muzik instrument secara live.

iv.Prebiu trailer filem ini telah ditonton di arena Bollywood.

v. Menelan kos lebih kurang RM4 juta.


Antara lagu OST Makrifat Cinta ialah dendangan oleh Shiha Zikir.


Seterusnya ikuti rakaman ketika sidang media tersebut.




Kru Produksi Filem ini terdiri daripada iaitu:

Penerbit: Lady G Pengarah: Kamal G Penerbit Eksekutif: Daini Kamal Penerbit Filem: Dhananwoodd Films Sdn Bhd

Pengedar Filem: TSR Films Sdn Bhd Pelakon Utama: Syamsul Yusof - Mahathir Nora Danish - Sofea Dato’ Adi Putra - Rizal Nabila Huda - Zarah Puteri Balqis - Aisha Datuk Aznil Haji Nawawi - Datuk Aznil Sabrina Ali - Cikgu Faridah


Syamsul Yusof ditemubual oleh MB ketika pelancaran prebiu filem Makrifat Cinta


Jom sama-sama kita saksikan trailer filem Makrifat Cinta.



Sebarang info lanjut boleh ke laman web atau media sosial seperti berikut:

Website: www.makrifatcinta.com Website: www.dhananwooddfilms.com Website: www.tsrcinemax.asia lnstagram: Dhananwooddfilms Facebook: makrifatmovie YouTube: Dw Tube Twitter: DHANANWOODDFILMS @DWFCINEMA

Fot-foto sekitar prebiu trailer filem Makrifat Cinta bersama media.

 

SINOPSIS MAKRlFAT ClNTA Mahathir, seorang lelaki yang tergolong dalam kelas menengah bawahan, sentiasa bertungkus lumus mencari nafkah buat keluarganya. Namun begitu, dia sering kekurangan wang kerana isterinya, Zara yang suka membazir. Zara suka membebel dan menghina Mahathir. Ini telah menjadi suatu kebiasaan kerana Mahathir tidak mampu membeli barang-barang kemas dan juga pakaian yang mahal buatnya. Selain daripada itu, Zara sering meminjam wang untuk menampung kehendak dan kehidupannya yang sentiasa inginkan kemewahan itu. Mahathir dan Zara juga dikurniakan seorang anak yang bernama Aisha yang sangat akrab dengan bapanya itu.


Mahathir (Lakonan Syamsul yusof) ketika di set pengambaran

Sekarang, Mahathir sedang mencipta satu aplikasi yang unik dan yakin akan berjaya menjualnya suatu hari nanti dan menjadi seorang jutawan yang kaya raya. Ini merupakan cita-citanya. Zara mempunyai seorang adik yang bernama Rizal, merupakan seorang penagih dadah dan penjudi. Dia sering meminjam wang dari Zara dengan alasan untuk erniaga. Zara pula, meminta Mahathir meminjam wang bagi menampung kehidupannya yang mewah itu.


Rizal (lakonan Datuk Adi Putra) sebagai seorang penagih dadah

Zara sering meghina Mahathir akan kekurangannya dan ini telah menyebabkan Mahathir dan Aisha rasa bersalah. Oleh kerana terdesak, Mahathir mula meminjam wang daripada Ah Long untuk menampung Zara. Namun begitu, Zara masih tidak berpuas hati dan membawa Aisha pergi, meninggalkan Mahathir. Mahathir, yang sangat menyayangi anaknya itu, menunggu di hadapan sekolah semasa Zara menghantar Aisha. Dia bertikam Iidah bersama Zara dan mengambil Aisha yang ternyata, ingin bersama bapanya. Suatu hari, di dalam keretapi, Mahathir bertemu dengan Sofea, rakannya yang lama dari kolej. Sofea merupakan seorang wanita Indonesia yang cantik, pandai dan Iembut berbahasa. Semenjak pertemuan itu, hubungan Mahathir dan Sofea semakin mendalam dan Aisha juga mula menyukai Sofea. Pada suatu hari, Aisha jatuh sakit dan Sofea menawarkan diri untuk mejaga dan memasak untuk mereka berdua. Ketika itu, Zara telah kembali ke rumahnya untuk mengambil pakaian dan setelah melihat Sofea di sana, tercetus satu pergaduhan antara mereka. Mahathir memihak ke Sofea dan Zara akhirnya meninggalkan rumah tersebut dengan marahnya.


Mahathir & Aisha (Lakonan Puteri Balqis)

Zara telah mengadu perkara ini kepada adiknya, Rizal. Ini menyebabkan Rizal menjadi emosi dan tidak dapat mengawal kemarahannya. Dia memberi amaran kepada Mahathir agar memutuskan hubungannya dengan Sofea.


Sofea (Lakonan Nora Danish) Mahathir mula dikejar Ah Long kerana telah melepasi waktu pembayaran hutangnya. Oleh kerana tidak mampu membayar pinjamannya itu, Mahathir telah dipukul sehingga pengsan. lni menyebabkan Aisha menghubungi Sofea dan dia telah bergegas ke rumah Mahathir dan memberi pertolongan cemas kepadanya. Pada masa ini, Sofea berasa sangat tersentuh kerana Aisha memanggilnya dan bukan Zara. Tanpa diduga, Rizal muncul di sana dan tidak dapat mengawal kemarahannya setelah melihat Sofea. Ini mengakibatkan dia bergaduh dan menarik Sofea keluar dari rumah tersebut. Walaupun luka-luka, Mahathir berjaya meghalau Rizal dan menyelamatkan Sofea.


Antara babak-babak pergaduhan dalam filem ini

Waktu berlalu dan Sofea mula menolong Mahathir dengan aplikasinya dan pemasaran produknya itu. Walaupun begitu, keadaan tidak seperti yang diduga. Mahathir harus meminjam wang lagi daripada bank-bank buat aplikasinya itu tetapi tidak mendapat sokongan. Sekali lagi, kuncu-kuncu Ah Long mula mengejar Mahathir buat pembayaran pinjamannya. Satu hari setelah mengambil Aisha dari sekolah untuk dibawa pulang, Mahathir menyedari beberapa orang samseng menunggu di depan rumahnya. Tanpa membazir waktu, dia membawa Aisha pergi dan dikejari samseng-samseng tersebut. Setelah berjaya meloloskan diri, Mahathir dan anaknya bermalam di sebuah stesen minyak. Pada keesokan harinya, Mahathir dan Aisha pulang ke rumah mereka dan Sofea sedang menunggu mereka. Sofea terkejut melihat mereka dengan pakaian yang serba kotor. Aisha menjelaskan ke Sofea tentang kejadiaan yang telah berlaku dan Sofea menawarkan wang ke Mahathir untuk menyelesaikan pinjamannya itu. Walaupun Mahathir enggan menerima wang tersebut pada awalnya, akhirnya dia pasrah. Setelah bebas daripada pinjaman dan tekanan, Sofea menggalakkan Mahathir untuk menumpukan perhatiaannya terhadap aplikasi yang sedang diciptanya itu. Mahathir mula mempertunjukkan aplikasinya itu di merata tempat dan ternyata mendapat sambutan. lni menyebabkan Mahathir lebih yakin. Semasa dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat berkaitan aplikasinya, Mahathir dan Sofea yang menaiki teksi dilanggar oleh sebuah trak yang berkelajuan tinggi. lni menyebabkan pemandu teksi tersebut meninggal dunia. Mahathir dan Sofea mengalami kecederaan yang parah. Pemandu trak yang menyebabkan kemalangan ini adalah Rizal, adik Zara yang juga adik ipar Mahathir. Setelah tersedar di hospital, Mahathir mendapat berita dari jururawat di sana bahawa Sofea berada dalam koma dan mendekati penghujungnya. Dia ke tempat Sofea dan mencurahkan isi hatinya dan tanpa disangka, melihat titisan air mata membasahi pipi Sofea. Berikutan itu, Sofea telah meninggalkan dunia ini dengan tenang. Mahathir yang patah hati keluar dari bilik Sofea dan di waktu sama, Aisha mendapat berita tentang kemalangan ini dan bergegas ke hospital. Aisha menangis teresak-esak apabila mendapati Sofea telah meninggal dunia. Berita tentang kematian Sofea, salah seorang pencipta aplikasi unik tersebut, telah menyebabkan oranag ramai mula menggunakan aplikasi unik tersebut. Dengan ini, Mahathir telah menjadi seorang jutawan dengan segera dan kehidupannya berubah. Pada masa ini juga Mahathir mengetahui bahawa Zara dan Rizal adalah dalang di belakang kemalangan yang menyebabkan kematian Sofea. Namun begitu, dia tetap tenang. Akhirnya, walaupun cita-cita Mahathir tercapai untuk menjadi seorang jutawan, dia masih terasa ada kekurangan. Mahathir menyedari hidupnya tiada makna tanpa Sofea dan dalam satu temuramah di TV, mengaku dirinya ingin mengikuti jalan kerohanian dan agama. MYBUZZ

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page