top of page

Anak Kongsi Video Genap Setahun Pemergian Tan Sri SM Salim

Tanggal 29 Disember 2016, industri seni tanah air telah kehilangan sebutir bintang atas kembalinya Allahyarham Tan Sri SM Salim ke rahmatullah.


Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai S.M. Salim telah kembali ke rahmatullah pada 5.45 petang di kediamannya yang terletak di Ukay Perdana, Hulu Kelang.



Kelmarin genap sudah setahun pemergian Allahyarham. Kehilangannya masih dirasai bukan sahaja ahli keluarga bahkan seluruh kaum kerabat industri seni tanah air.


Team MB sempat menonton perkongsian video yang dimuatnaik oleh salah seorang anak Allahyarham, En. Shamsul Salim di Facebook. Turut dikongsikan oleh beliau sebuah nukilan kedukaan yang dirasakan seluruh ahli keluarga atas pemergian biduan negara yang sangat disanjungi itu.





"Assalam


Tanggal 29hb Dis 2016 bersamaan hari Khamis tepat jam 5.45 petang genap 1 tahun yang lalu adalah detik sedih yg kami sekeluarga tempuhi dgn tabah dan pasrah. Masih segar dalam ingatan sewaktu aku dan ahli keluarga yg lain berada disisinya berzikir di telinga nya sebelum arwah menghembuskan nafas nya yg terakhir. Terlintas di fikiran dan seperti tidak percaya kerana 3 hari sebelum beliau meninggal dunia, aku sempat bergurau dengan nya Tapi... Allah lebih menyayangi arwah..


Pergi nya seorang ayah yang di sayangi dan di kagumi kembali ke pangkuan sang Pencipta buat selama nya..


Satu pengajaran hidup yang arwah selalu berpesan; Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang tidak akan ingat segala kebaikan kita. Orang hanya akan ingat kekhilafan kita.


Prinsip hidup ini yang akan aku pegang dan ingat selama."


Orang berbudi, kita berbahasa

Orang memberi, kita merasa

Jangan lah susu, dibalas tuba

Madu dibayar, racun berbisa


Hujan panas, permainan hari

Susah senang, permainan hidup

Wajah yang cantik, perhiasan diri

Kerana budi, hati terpaut


Semoga arwah tenang disana..Insya Allah


Al-Fatihah


Dalam kenangan...


Salim b. Sheikh Muhammad

30 Julai 1928- 29 Dis 2016

Alfatihah. Semoga roh Allahyarham Tan Sri SM Salim dipelihara Allah dan ditempatkan bersama roh para solihin. Amiin |MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page