Keropok Cap Udang Tidak Diiktiraf HALAL Oleh JAKIM
MB baru sahaja menerima perkabaran bahawa keropok cap udang yang digemari orang ramai ini yang menggunakan logo halal TIDAK DIIKTIRAF HALAL oleh JAKIM.
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Perak bersama-sama tiga (3) orang pegawai agama Jabatan Agama Islam Perak telah menyerbu sebuah premis di Gopeng Kelmarin.
Dalam serbuan tersebut sebanyak 396 bungkus keropok dan 1600 unit plastik pembungkusan telah dirampas. Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah beroperasi dengan membungkus keropok cap udang berkenaan menggunakan tulisan halal dalam Bahasa Malaysia dan Huruf jawi pada pek pembungkusan.
''Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM1786 dan kita turut menahan seorang lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik premis yang telah beroperasi sejak 2 tahun lalu'', Kata Shamsul Nizam Khalil, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perak.
''Siasatan mendapati keropok undang mentah itu dibawa dari Indonesia sebelum ia digoreng dan dibungkus di premis tersebut'' Ujarnya lagi.
Hati-hati bila makan keropok atau sebarang makanan yang dibungkus. Pastikan ia mempunyai logo HALAL JAKIM. Ingatan untuk kita bersama. |MYBUZZ|