Syahadah Bawa Fadzli Fareast Menyinar Di Pentas AN17
Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Manusia Siapalah Tahu, itu yang boleh digambarkan dimana lagu Syahadah nyanyian Fadzli Fareast, 44 tahun, telah memukau hati juri dan juga penonton dan sekaligus merangkul kemenangan besar di pentas Anugerah Nasyid 2017 di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi.
Juara AN17 yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan kepingan emas bernilai RM15,000, beliau turut merangkul dua (2) Anugerah iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing membawa pulang wang tunai serta kepingan emas berjumlah RM1,500.
Kredit Youtube Video : inhaf 00
Tempat kedua atau Naib Juara dimenangi oleh Lah Ahmad menerusi lagu Salam dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 dan kepingan emas bernilai RM13,000.
BACA ARTIKEL TERDAHULU: IKIM & TV AL-HIJRAH IKTIRAF KARYA MUZIK NASYID DENGAN PENGANJURAN ANUGERAH NASYID 2017 (AN17)
Seterusnya, Daqmie yang pernah menjuarai Anugerah Nasyid 2014 kini berada di tempat ketiga menerusi lagu Jalan Syahadah menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan kepingan emas bernilai RM6,000.
Selain itu, barisan finalis lain telah bersama-sama memenangi AN17 seperti Hafiz Hamidun, lagu Penyelamat sebagai Lirik Terbaik, Simfoni, lagu Ana Muslim dianugerahkan sebagai Artis Baharu Terbaik dan Al-Manna pula merangkul Anugerah Muzik Video Terbaik menerusi lagu Ajarkan Aku Setia.
Setiap kategori membawa pulang trofi, sijil perhargaan dan kepingan emas bernilai RM1,500. Semua hadiah disampaikan oleh Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,.
Disamping Anugerah-Anugerah yang menjadi tumpuan utama, AN17 turut mempertandingkan tiga (3) kategori pilihan pendengar iaitu Anugerah Lagu Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan yang dimenangi oleh UNIC menerusi lagu Syamail Muhammadiah, manakala Fadzli Fareast sama-sama memenangi kategori Artis Solo Pilihan pada malam itu.
Selain trofi dan sijil perhargaan, pemenang kategori-kategori pilihan pendengar ini turut menerima kepingan emas bernilai RM1,000.
Pada malam tersebut, acara ini disiarkan secara langsung melalui TV Al Hijrah dan dibanjiri lebih 5000 penonton. Semua anugerah yang dipertandingkan dinilai oleh para juri profesional terdiri daripada Farihin Abdul Fatah selaku Ketua Juri, Rozman Shafie (LY), Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri), Amran Omar, Siti Hajar Ismail dan Juliza Adzlizan Abdul Rafar. |MYBUZZ|