top of page

Nilai Semakin Menjadi Tumpuan Dengan Pembinaan Best Western MesaHotel & MesaHill Premier

Green Target Group dan Best Western Hotels & Resorts mengumumkan kerjasama bagi pembinaan Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier yang bakal dibangunkan bertempat di Mesahill Nilai, Negeri Sembilan. Kerjasama tersebut diumumkan secara rasmi sempena upacara menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak yang diadakan di MesaMall, di sini hari ini. Hadir menyaksikan upacara tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.


Hotel yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 itu dilengkapi 206 buah bilik, dewan banquet dan bilik seminar. Projek itu juga menampilkan ciri-ciri pembangunan terkini dan turut dilengkapi Rooftop Sky Lounge dan Sky Walk.


Sky Lounge


Sementara itu, dua menara Mesahill Premier juga bakal dibina mengandungi unit-unit kediaman premium yang dilengkapi jambatan penghubung dengan kompleks beli belah MesaMall.


Pusat Membeli Belah Ikonik MesaMall, Nilai


Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier yang merupakan rangkaian pembangunan bersepadu baharu Mesahill akan menjadi nilai tambah kepada kejayaan pembangunan fasa satu dan dua nya yang sebahagian besar melibatkan pembinaan dan pembukaan MesaMall serta menara kediaman MesahIll, yang laris terjual pada 2017.


Projek ini memberi peluang kepada Mesahill untuk menyokong perkembangan pelbagai industri yang giat membangun seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, institusi pendidikan serta perdagangan tempatan. Secara positif, projek ini akan memberi impak yang cukup besar kepada sosio ekonomi Nilai dan kawasan sekitar. Selain itu, rangkaian projek baharu ini akan membolehkan pembangunan berterusan dan pada masa yang sama mewujudkan pelbagai manfaat kepada para pelabur dan memenuhi keperluan penduduk di daerah tersebut.



Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Green Target Group, Datuk Tan Hong Lai berkata, "Kami mengukuhkan jenama syarikat dengan meneruskan pembangunan MesaHill seperti dirancang. Menerusinya, kami berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran perbandaran sekitar Nilai" Ini selaras dengan visi beliau yang bercita-cita menghidupkan landskap daerah Nilai secara menyeluruh sekaligus meningkatkan industri pelancongan di kawasan sekitar.



Untuk Keterangan lanjut berhubung MesaHotel dan Mesahill Premier, hubungi Green Target Group Group di talian 03-5630 0670, emel ke vincent@greentarget.com.my atau layari www.greentarget.com.my .


Berkaitan Green Target Group


Sehingga 2016, Green Target Group berkembang maju menerusi lima anak syarikat termasuk Green Hill Development Sdn. Bhd., Green Target Development Sdn. Bhd., Hari Lumayan Sdn. Bhd., Rising Sun Entity Sdn. Bhd. dan One Target Land Sdn. Bhd.


Berterusan membina portfolio cemerlang, syarikat ini kukuh dengang mengendalikan projek mercu tanda berprestij antaranya Green Hill Resident di Shah Alam, SMART 228 di Semenyih, Mesahill di Nilai dan Colonial di Raub.


Sebagai penambahan baharu di dalam portfolio syarikat ini, Innocity akan memacu perancangan masa depan Green Target Group dalam merangka pembangunan berciri khas sekaligus merencana destinasi hartanah bernilai tinggi.


Nilai Pembangunan Kasar projek ini telah mencapai RM3 bilion. |MYBUZZ|







Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page